Sunday, 8 April 2012

Fasa Berkawan

Sepanjang menjalankan kehidupan ini... Saya macam boleh simpulkan something dalam berkawan....terdapat 4 fasa dalam berkawan...mungkin saya dapat kongsikan pemerhatian saya.... Tapi perkara ini berlaku pada saya, tak tahulah pengalaman rakan-rakan pembaca lain....

            FASA PERTAMA : Sebelum nak berkawan, mesti ada perkenalan.. Jadi pada fasa ini, mulalah xcited nak berkawan....boleh kata, riuh n semangat untuk kenal antara satu sama lain. Tanya macam-macam, gelak ketawa, senda gurau dan lain-lain lagi... Sampaikan takut teman yang baru kenal itu tersinggung atau apa-apalah.... Menjaga hati setiap kenalan kita supaya tidak tersinggung...
                 FASA KEDUA        : Fasa kedua ini, mula kenal dengan lebih mendalam, kongsi cerita pahit dan manis, Apa yang disukai atau tidak disukai. Selain daripada itu, mula memberi semangat ketika kawan sedih dah duka, dan berkongsi perasaan geram yang dihadapi pada satu-satu masa. Boleh dikatakan, selalu berhubung, mesej, calling... Kalau dikatakan BFF, GFF.... Kalau susah hati kita akan cari dia...
        FASA KETIGA      : Ok, pada fasa yang ketiga ini boleh dikatakan fasa PERCUBAAN atau TESTING RELATIONSHIP... Dalam perkenalan, atau persahabatan salah seorang mesti akan hyper dalam melepaskan geram.... Sebenarnya, geram itu pada orang lain tapi dilepaskan pada BFF atau GFF itu... Sampaikan BFF atau GFF itu merasakan dia pun terkena sekali... Tak kisahlah geram ke, sedih sangat-sangat ke, rindu sangat-sangat ke sampai terbawak-bawak dengan BFF GFF. Masa ini, kalau tak ada kesabaran, persahabatan itu akan hilang macam itu aje... Kalau sabar itu sentiasa ada, hubungan itu akan sentiasa berkekalan...Sebab syaitan tidak suka setiap muslim itu terus bersaudara. 

               FASA KE-EMPAT     : Ok, pada Fasa yang ke-empat ini lebih kepada persahabatan yang terhenti ketika fasa Ketiga.... Bila dah lama tak berhubung macam dulu, mula rindu untuk berhubung balik.... Tanya kabar, tanya perkembangan, tanya perasaan. Paling membahagiakan, tanya sejarah-sejarah mesra suatu ketika dahulu... Ibarat kembali kepada Fasa Pertama...

Itu sahaja pemerhatian saya, kalau perkara seperti ini yang berlaku pada anda... Alhamdulillah kita serupa..kalau tidak, tinggalkan komen...hehehe...(sumber gambar, GOOGLE.COM)

Saturday, 7 April 2012

Jadi Universal Atau Khusus??

Bila tengok post-post sebelum ini, terasa macam luahan je...Tapi untuk luahan kali ini, seperti berikut....hahaha...
               Tadi lepas tengok satu lagi movie, terdetik untuk berkata-kata... dalam memilih seseorang untuk dijadikan pasangan, atau kawan, atau menantu atau apa-apalah... example : Si A berkongsi padangan dekat Si B, "kalau aku nak cari pasangan, aku nak yang bertudung. Kalau yang tak bertudung aku tak mahu"... Contoh lain "kalau aku nak berkawan, aku nak berkawan dengan orang yang pandai-pandai, hebat-hebat, alim-alim"....

             Dan apabila terfikir contoh-contoh ini, otak saya terfikirkan jawapan ini "dah tu, macam mana orang yang tak bertudung, dan macam mana dengan orang yang dikatakan bodoh, tak alim, tak bijak?? adakah mereka akan dipulaukan dan sentiasa berkawan dengan orang yang setaraf dengannya sahaja??"... Perkara ini sedikit sebanyak ibarat prejudis pada orang yang ingin berkawan dengan orang hebat, tapi orang hebat tak mahu berkawan dengannya....
             Lagi menyakitkan hati, bila orang yang dikatakan "tak bijak, tak baik" memberi pandangan, dan pandangannya ditolak kerana dikatakan tak tahu apa-apa?? Sedih Kan?? sampaikan orang yang seperti ini, takut untuk berkata-kata...takut untuk dekatkan diri dengan orang-orang hebat...takut untuk tonjolkan diri dalam pelbagai bidang....Sehinggakan dorang berkawan dengan orang-orang yang setaraf mereka sahaja....dan bila ditanya pada mereka, jawapannya "orang-orang hebat tak bimbing kami" ataupun "orang pandai-pandai hanya lepak dengan orang-orang pandai, bila kami masuk kumpulan dorang kami dipinggirkan"....




                Sehingga sekarang saya teringat kata-kata seorang tu, tak salah untuk kita mengharapkan benda yang tinggi....tapi jangan sampai benda yang rendah kita lupa nak ambil tahu.....tak salah kita nak idamkan perkara yang setinggi gunung, tapi jangan sampai bukit yang kecil-kecil kita lupa untuk mendaki.... "tak salah untuk bergaul dengan orang alim, bijak pandai..kerana itu yang dituntut dalam agama....tapi jangan sampai orang-orang yang kurang pandai kita tak mahu bergaul kerana dia pun perlukan bimbingan macam mana orang lain bimbing kita".... Allah sendiri pun cakap, berkawanlah dengan semua peringkat...lelaki ke, cacat ke, perempuan ke, gelap ke, putih ke.....(sumber surah Hujurat : 13)
            Sekadar pandangan dan pemerhatian saya...kesian bila tengok orang yang dipinggirkan ini disebabkan hanya kita mahu pandai seorang diri, hebat seorang diri...

Friday, 6 April 2012

Ready Atau Tak Ready Je....

Sebelum apa-apa yg nak dikongsikan... Cuba tengok video ni dulu, by Matlutfi90 form youtube...


dh settle tengok?? back on the topic.

Suke tengok video ni...and always happen in my life.... kadang-kadang semua perkara yang di buat, merasakan dh lengkap dan selamat... Tapi bila suatu perkara yang berlaku diluar jangkauan, selalunya kita akan mempersalahkan orang lain, dan kata matlutfi "some problem happen,and dat time ur emotion r fully tested"....Susah nak mencari orang yang mengaku salah, itupun kalau mengaku salah sekalipun disebabkan malas nak gaduh dengan orang tu... Semua perkara yang kita buat dimuka bumi ini dh ditentukan... Cuma kadang-kadang Allah saja nak tengok keupayaan kita dalam menyelesaikan atau menghadapi sesuatu masalah... bile sesuatu yang diluar jangkaan berlaku, terima dan cuba hadapi tapi bukan lari...sejauh mana kita lari, masalah itu lagi laju larinya....(dalam kata lain, mana kita berada masalah tetap bersama kita)....cuma ready atau tidak ready sahaja seseorang itu menerima kebarangkalian yang tidak mahu diterima.... apa-apa pun krdt too matlutfi!!!! 

Wednesday, 14 March 2012

Kembalikan Tanggapan Kita

orang baik sentiasa disenangi oleh orang ramai
Sesuatu yang dipandang baik, belum tentu didalam atau batinnya juga dianggap baik. Baik yang dimaksudkan adalah dari sudut tingkah laku, percakapan, perbuatan, amalan dan lain-lain hal. Sorang yang dianggap baik adalah seorang yang sedap mata memandang, tenang apabila dipandang, hati menjadi lapang apabila bersama dengannya.
            Saya sendiri belum tentu dikatakan seorang yang baik, walaupun pada hakikatnya saya mengambil jurusan syariah iaitu suatu jurusan yang sudah semestinya didalam fikiran manusia kini adalah satu jurusan atau golongan yang patut digelarkan sebagai ustaz mahupun ustazah.
            Hakikatnya pada masa kini, orang yang berkopiah, berserban, berjubah sudah cukup dikatakan seorang "ahli Syurga" yang perlu dihormati. Akan tetapi, amat menyedihkan apabila seseorang mengherdir, atau mencaci orang yang dikatakan "ahli Syurga" ini telah melakukan suatu perkara yang dianggap telah memalukan dirinya juga turut membabitkan dan mencemarkan status golongan-golongan yang berjubah, berkopiah, berserban yang  lain walhal pada hakikatnya tidak langsung melakukan apa-apa kesalahan sekalipun.
             Orang yang mendirikan solat pada awal waktu, solat berjemaah bersama-sama, berzikir, mahupun sering ke "rumah ALLAH" masih belum tentu dilabelkan sebagai seorang yang baik budi perkertinya. Kadang-kadang golongan ini tidak didampingi oleh golongan-golongan lain. Amat memilukan, golongan seperti ini kadang-kadang amat mementingkan diri sendiri, mengamalkan pembaziran, seorang yang kedekut, dan lain-lain. Walhal,  dirinya seorang yang taat pada perintah ALLAH.
              Kebanyakan orang pada masa kini lebih "judge" pada luaran dan bukan pada luaran dan dalaman. Saya sendiri belum tentu dikatakan baik, hanya boleh dikatakan belum cukup amalan untuk mendapatkan habuan "Syurga" yang sentiasa dinanti-nantikan oleh seluruh umat mahupun yang islam atau bukan islam sendiri. 
              Perbetulkan "mind-setting" kita wahai rakan-rakan pembaca. Orang yang baik bukan daripada golongan-golongan yang hanya berzikir, solat pada awal waktu dan sebagainya. Akan tetapi golongan yang baik adalah golongan yang mempunyai sifat seperti Al-Quran. Apabila dibaca, hati menjadi tenang, apabila dialunkan, hati menjadi sayup. Ingatkah kita pada satu cerita bahawa Sorang pelacur memberi minum pada seekor anjing yang sedang dahagakan air. Lalu pelacur tersebut meninggal dunia, dan dicatatkan didalam ceritanya bahawa dia tergolong dalam golongan syurga. Tidakkah kita ingat, seorang pemuda yang sudah membunuh 99 orang dan ingin bertaubat, dan telah mengenapkan pembunuhannya menjadi 100 orang apabila dikatakan dirinya tidak akan diterima taubatnya, lalu dia pergi mencari perkampungan yang dikatakan dapat membantunya, sebelum sempat dia sampai ke kampung tersebut, lalu  dia meninggal dunia. Didapati jarak diantara dia dengan tempat yang dikatakan dapat membantunya kembali kepangkal jalan lebih dekat berbanding tempat terakhir dia melakukan pembunuh. Lalu  juga dimasukan kedalam Syurga.
              Sama-sama kita perbetulkan minda dan fikiran kita. Jangan pandang kebaikan seorang itu daripada sudut luaran. Mohonlah pada Pencipta, agar kita sentiasa didampingi golongan-golongan yang baik. Juga memohon, agar golongan yang dikatakan"kurang baik" akan menjadi lebih baik.         Ini adalah perkongsian saya yang sudah kian lama membisukan diri..

Sunday, 29 January 2012

SUAMI



Bukan senang nak jadi SUAMI,
Tapi seronok jadi SUAMI,
Kekadang-kadang jadi SUAMI boleh jadi derita,
Kecewa apatah lagi,
Bukan senang bila SUAMI tak pandai menjaga keluarga,
Silap-silap nak masuk syurga pun tak jadi sebab kena tarik dengan anak-anak dan isteri,
Seronok bila dapat isteri yang sentiasa memahami,
Tapi rasa derita menyusuk dijiwa bila isteri yang tercinta melawan kata-kata yang sepatut didengarinya,
Apa nak jadi dengan masa kini,
Lain yang harap lain pulak yang jadi,
TAPI??bagaimana dengan kecewa bila jadi SUAMI??
Akan teramat kecewa jika peragai yang sebenar sudah mula ditonjolkannya.





Monday, 21 November 2011

Penjaga yang AMAT HEBAT

       Sudah lama rasanya tidak edit blog ini. Apa-apa pun, sedikit perkongsian yang mungkin dapat saya kongsikan dalam blog ini akan saya teruskan. Dunia serba moden dan cangih amat membanggakan seluruh masyarakat sehinggakan duduk dirumah juga sudah dapat menjana pendapatan harian. Menjadi fitrah manusia amat menyukai bila mendapat sesuatu yang menguntungkan dengan cara senang dan mudah. Buat apa pun tidak, sudah mendapat habuan yang melimpah ruah, duduk goyang kaki juga boleh menghasilkan pendapatan yang tinggi menggunung. 
        Pendek cerita, manusia khususnya umat islam amat beruntung kerana mudah mendapat pahala untuk menjaminkan seseorang itu masuk kedalam syurga yang kekal abadi. Akan tetapi, ada syarat-syaratnya iaitu menjaga pergaulan, menjaga pandangan, jaga permakaian, dengar nasihat yang dapat membimbing diri, kutip ilmu banyak-banyak terutama ilmu Quran dan lain-lain.
       Tidak cukup daripada itu, jangan terkejut apabila tiba Hari Pembalasan untuk timbang pahala kita. Tiba-tiba, pahala yang telah dikumpulkan cukup banyak daripada apa yang dijangkakan. Rupa-rupanya, itulah pahala orang yang mengata, mengutuk, mengaibkan dan lain-lain mengenai diri kita. Senang dapat pahala kan??
         Kesimpulannya, ada orang yang ingin menjaga kita tapi kita yang tidak mahu kerana merasakan tidak bebas sedangkan ianya adalah untuk keselamatan dan kebahagian diri sendiri. Itulah Pencipta ILAHI yang menjaga seluruh tingkah laku kita dan Dia lah penjaga yang terbaik. Tetapi sejauh mana manusia itu nak untuk dirinya dijaga oleh-Nya?

Monday, 24 October 2011

hebat Tapi SEDIH

Seorang wanita inginkan cincin dari kekasihnya..
Kekasihnya memberikannya teddy bear..
Wanita itu kecewa,lalu mencampakkan teddy bear itu di jalan..
Kekasihnya berlari mendapatkan semula teddy bear itu tapi dilanggar sebuah kereta yang lalu di situ..
Kekasihnya mati.. Wanita itu berada di sebelah kekasihnya sambil memeluk teddy bear tu..
Cuba teka!..
Teddy bear itu berbunyi ' WILL YOU MARRY ME?'
Wanita itu terjumpa cincin di dalam poket teddy bear itu....

Islam dah ajar.. SABAR ITU SEPARUH DARIPADA IMAN..
Kalaulah wanita itu bersabar. Rasa-rasanya apa yang dia akan dapat? kadang-kadang timbul isu "saya bukan nabi untuk sentiasa bersabar". Tapi percayalah, sabar itu pahit, tapi nikmatnya HEBAT. Manusia ada pilihan, jadi pilihlah untuk bersabar dengan sabar yang betul. jika tidak dapat tahan sabar sekali pun, mandilah kerna dengan mandi akan dapat meredakan segala tangisan mahupun kesedihan.