Saturday, 23 February 2013

Novel Make Make..............(Meh ar baca...heehee)


Kak Niza : Farhan baca buku apa, farhan??

Farhan     : Baca novel kak. Kenapa, nak pinjam??

Firdaus    : Dia baca novel cinta kak, orang baca novel ni hati lembut.

Farhan     : Novel cinta pada Tuhan, Kak. (konun....heeee)

Yup, ramai sungguh orang cakap kalau baca novel ni biasa ye hati orang tu lembut. Aku pun tak tau, tapi aku rasa mungkin jugak. Sebab apa yang aku nampak dalam buku novel ni, benda yang rialiti dan berlaku. Biasa buku ilmiah lebih kepada teori, tapi beza dengan novel yang kepada teori and really happen in our live. Ok sampai tu je ar cite psl prihal novel.

Just want to share some word yang bagi aku masuk akal and mungkin huraian bagi sunnah Nabi Muhammad s.a.w(come on, selawat sama meh ^_^ ). "Makan biar berpada-pada, jgn kenyang sgt and jgn lapar sgt. Sederhana". Pernah dengar kn?? Tapi bukan mcm tu laaa ayat sebenar ek, "Makan ketika lapar, berhenti sebelum kenyang". Ok, aku memang kuat makan, until aku cakap "Hey, berhenti sebelum kenyang, masalah ek aku xkenyang-kenyang lagi". Heeee.. Bahaya, Bahaya... UNTIL..............

Aku baca buku novel MUNAJAT CINTA, thanks kepada pemberi pinjam. Aku tertarik dengan ayat dalam tu pasal makan, 

"Lapar itu penyakit. Makan itu ubat. Orang yang sakit akan makan ubat. Kalau tidak sakit, jangan makan ubat. Kalau makan ubat, ikuti pertunjuk doktor. Jangan terlalu sedikit, jangan pula terlalu banyak. Sungguh aneh apabila ada orang yang selalu makan ubat padahal dia tidak sakit"

"Jadi, makan tiga kali sehari itu dikira aneh?" (bertanya seorang budak perempuan)

"Tiga kali, empat kali atau sepuluh kali kalau memang itu dilakukan ketika telah merasa lapar, tidak aneh. Yang aneh adalah ketika perut tidak lapar, tetapi tetap saja makan tiga kali sehari. Dengan cara seperti itu, perut dimanjakan dengan makanan. Siapa saja orang yang memanjakan perutkan dengan makanan, maka dia akan jauh daripada Nur Allah. Siapa saja yang terbiasa dalam keadaan menahan lapar. Insya-Allah dia akan mudah mendapat hikmah"

Ambik Hang
Itulah ayat yang bagi aku amat terkesan untuk aku. Kalau nak disimpulkan dalam huraian tu (dah hurai, lg nk simpul, ikut sedap ang je farhan). Btw, suka hati ar. heee...Lapar itu sakit, makan itu ubat. Makan bila perlu, bukan makan sebab mahu. Nasihat utk diri sendiri. 

"YA ALLAH, BERILAH SETIAP APA YANG AKU LAKUKAN SENTIASA BERTERUSAN DAN BUKAN HANYA ANGAN-ANGAN"

No comments:

Post a Comment