![]() |
orang baik sentiasa disenangi oleh orang ramai |
Sesuatu yang dipandang baik, belum tentu didalam atau batinnya juga dianggap baik. Baik yang dimaksudkan adalah dari sudut tingkah laku, percakapan, perbuatan, amalan dan lain-lain hal. Sorang yang dianggap baik adalah seorang yang sedap mata memandang, tenang apabila dipandang, hati menjadi lapang apabila bersama dengannya.
Saya sendiri belum tentu dikatakan seorang yang baik, walaupun pada hakikatnya saya mengambil jurusan syariah iaitu suatu jurusan yang sudah semestinya didalam fikiran manusia kini adalah satu jurusan atau golongan yang patut digelarkan sebagai ustaz mahupun ustazah.
Hakikatnya pada masa kini, orang yang berkopiah, berserban, berjubah sudah cukup dikatakan seorang "ahli Syurga" yang perlu dihormati. Akan tetapi, amat menyedihkan apabila seseorang mengherdir, atau mencaci orang yang dikatakan "ahli Syurga" ini telah melakukan suatu perkara yang dianggap telah memalukan dirinya juga turut membabitkan dan mencemarkan status golongan-golongan yang berjubah, berkopiah, berserban yang lain walhal pada hakikatnya tidak langsung melakukan apa-apa kesalahan sekalipun.
Orang yang mendirikan solat pada awal waktu, solat berjemaah bersama-sama, berzikir, mahupun sering ke "rumah ALLAH" masih belum tentu dilabelkan sebagai seorang yang baik budi perkertinya. Kadang-kadang golongan ini tidak didampingi oleh golongan-golongan lain. Amat memilukan, golongan seperti ini kadang-kadang amat mementingkan diri sendiri, mengamalkan pembaziran, seorang yang kedekut, dan lain-lain. Walhal, dirinya seorang yang taat pada perintah ALLAH.
Kebanyakan orang pada masa kini lebih "judge" pada luaran dan bukan pada luaran dan dalaman. Saya sendiri belum tentu dikatakan baik, hanya boleh dikatakan belum cukup amalan untuk mendapatkan habuan "Syurga" yang sentiasa dinanti-nantikan oleh seluruh umat mahupun yang islam atau bukan islam sendiri.
Perbetulkan "mind-setting" kita wahai rakan-rakan pembaca. Orang yang baik bukan daripada golongan-golongan yang hanya berzikir, solat pada awal waktu dan sebagainya. Akan tetapi golongan yang baik adalah golongan yang mempunyai sifat seperti Al-Quran. Apabila dibaca, hati menjadi tenang, apabila dialunkan, hati menjadi sayup. Ingatkah kita pada satu cerita bahawa Sorang pelacur memberi minum pada seekor anjing yang sedang dahagakan air. Lalu pelacur tersebut meninggal dunia, dan dicatatkan didalam ceritanya bahawa dia tergolong dalam golongan syurga. Tidakkah kita ingat, seorang pemuda yang sudah membunuh 99 orang dan ingin bertaubat, dan telah mengenapkan pembunuhannya menjadi 100 orang apabila dikatakan dirinya tidak akan diterima taubatnya, lalu dia pergi mencari perkampungan yang dikatakan dapat membantunya, sebelum sempat dia sampai ke kampung tersebut, lalu dia meninggal dunia. Didapati jarak diantara dia dengan tempat yang dikatakan dapat membantunya kembali kepangkal jalan lebih dekat berbanding tempat terakhir dia melakukan pembunuh. Lalu juga dimasukan kedalam Syurga.
Sama-sama kita perbetulkan minda dan fikiran kita. Jangan pandang kebaikan seorang itu daripada sudut luaran. Mohonlah pada Pencipta, agar kita sentiasa didampingi golongan-golongan yang baik. Juga memohon, agar golongan yang dikatakan"kurang baik" akan menjadi lebih baik. Ini adalah perkongsian saya yang sudah kian lama membisukan diri..
No comments:
Post a Comment