Monday, 21 November 2011

Penjaga yang AMAT HEBAT

       Sudah lama rasanya tidak edit blog ini. Apa-apa pun, sedikit perkongsian yang mungkin dapat saya kongsikan dalam blog ini akan saya teruskan. Dunia serba moden dan cangih amat membanggakan seluruh masyarakat sehinggakan duduk dirumah juga sudah dapat menjana pendapatan harian. Menjadi fitrah manusia amat menyukai bila mendapat sesuatu yang menguntungkan dengan cara senang dan mudah. Buat apa pun tidak, sudah mendapat habuan yang melimpah ruah, duduk goyang kaki juga boleh menghasilkan pendapatan yang tinggi menggunung. 
        Pendek cerita, manusia khususnya umat islam amat beruntung kerana mudah mendapat pahala untuk menjaminkan seseorang itu masuk kedalam syurga yang kekal abadi. Akan tetapi, ada syarat-syaratnya iaitu menjaga pergaulan, menjaga pandangan, jaga permakaian, dengar nasihat yang dapat membimbing diri, kutip ilmu banyak-banyak terutama ilmu Quran dan lain-lain.
       Tidak cukup daripada itu, jangan terkejut apabila tiba Hari Pembalasan untuk timbang pahala kita. Tiba-tiba, pahala yang telah dikumpulkan cukup banyak daripada apa yang dijangkakan. Rupa-rupanya, itulah pahala orang yang mengata, mengutuk, mengaibkan dan lain-lain mengenai diri kita. Senang dapat pahala kan??
         Kesimpulannya, ada orang yang ingin menjaga kita tapi kita yang tidak mahu kerana merasakan tidak bebas sedangkan ianya adalah untuk keselamatan dan kebahagian diri sendiri. Itulah Pencipta ILAHI yang menjaga seluruh tingkah laku kita dan Dia lah penjaga yang terbaik. Tetapi sejauh mana manusia itu nak untuk dirinya dijaga oleh-Nya?

No comments:

Post a Comment