Saturday, 7 April 2012

Jadi Universal Atau Khusus??

Bila tengok post-post sebelum ini, terasa macam luahan je...Tapi untuk luahan kali ini, seperti berikut....hahaha...
               Tadi lepas tengok satu lagi movie, terdetik untuk berkata-kata... dalam memilih seseorang untuk dijadikan pasangan, atau kawan, atau menantu atau apa-apalah... example : Si A berkongsi padangan dekat Si B, "kalau aku nak cari pasangan, aku nak yang bertudung. Kalau yang tak bertudung aku tak mahu"... Contoh lain "kalau aku nak berkawan, aku nak berkawan dengan orang yang pandai-pandai, hebat-hebat, alim-alim"....

             Dan apabila terfikir contoh-contoh ini, otak saya terfikirkan jawapan ini "dah tu, macam mana orang yang tak bertudung, dan macam mana dengan orang yang dikatakan bodoh, tak alim, tak bijak?? adakah mereka akan dipulaukan dan sentiasa berkawan dengan orang yang setaraf dengannya sahaja??"... Perkara ini sedikit sebanyak ibarat prejudis pada orang yang ingin berkawan dengan orang hebat, tapi orang hebat tak mahu berkawan dengannya....
             Lagi menyakitkan hati, bila orang yang dikatakan "tak bijak, tak baik" memberi pandangan, dan pandangannya ditolak kerana dikatakan tak tahu apa-apa?? Sedih Kan?? sampaikan orang yang seperti ini, takut untuk berkata-kata...takut untuk dekatkan diri dengan orang-orang hebat...takut untuk tonjolkan diri dalam pelbagai bidang....Sehinggakan dorang berkawan dengan orang-orang yang setaraf mereka sahaja....dan bila ditanya pada mereka, jawapannya "orang-orang hebat tak bimbing kami" ataupun "orang pandai-pandai hanya lepak dengan orang-orang pandai, bila kami masuk kumpulan dorang kami dipinggirkan"....




                Sehingga sekarang saya teringat kata-kata seorang tu, tak salah untuk kita mengharapkan benda yang tinggi....tapi jangan sampai benda yang rendah kita lupa nak ambil tahu.....tak salah kita nak idamkan perkara yang setinggi gunung, tapi jangan sampai bukit yang kecil-kecil kita lupa untuk mendaki.... "tak salah untuk bergaul dengan orang alim, bijak pandai..kerana itu yang dituntut dalam agama....tapi jangan sampai orang-orang yang kurang pandai kita tak mahu bergaul kerana dia pun perlukan bimbingan macam mana orang lain bimbing kita".... Allah sendiri pun cakap, berkawanlah dengan semua peringkat...lelaki ke, cacat ke, perempuan ke, gelap ke, putih ke.....(sumber surah Hujurat : 13)
            Sekadar pandangan dan pemerhatian saya...kesian bila tengok orang yang dipinggirkan ini disebabkan hanya kita mahu pandai seorang diri, hebat seorang diri...

No comments:

Post a Comment