Wednesday, 14 March 2012

Kembalikan Tanggapan Kita

orang baik sentiasa disenangi oleh orang ramai
Sesuatu yang dipandang baik, belum tentu didalam atau batinnya juga dianggap baik. Baik yang dimaksudkan adalah dari sudut tingkah laku, percakapan, perbuatan, amalan dan lain-lain hal. Sorang yang dianggap baik adalah seorang yang sedap mata memandang, tenang apabila dipandang, hati menjadi lapang apabila bersama dengannya.
            Saya sendiri belum tentu dikatakan seorang yang baik, walaupun pada hakikatnya saya mengambil jurusan syariah iaitu suatu jurusan yang sudah semestinya didalam fikiran manusia kini adalah satu jurusan atau golongan yang patut digelarkan sebagai ustaz mahupun ustazah.
            Hakikatnya pada masa kini, orang yang berkopiah, berserban, berjubah sudah cukup dikatakan seorang "ahli Syurga" yang perlu dihormati. Akan tetapi, amat menyedihkan apabila seseorang mengherdir, atau mencaci orang yang dikatakan "ahli Syurga" ini telah melakukan suatu perkara yang dianggap telah memalukan dirinya juga turut membabitkan dan mencemarkan status golongan-golongan yang berjubah, berkopiah, berserban yang  lain walhal pada hakikatnya tidak langsung melakukan apa-apa kesalahan sekalipun.
             Orang yang mendirikan solat pada awal waktu, solat berjemaah bersama-sama, berzikir, mahupun sering ke "rumah ALLAH" masih belum tentu dilabelkan sebagai seorang yang baik budi perkertinya. Kadang-kadang golongan ini tidak didampingi oleh golongan-golongan lain. Amat memilukan, golongan seperti ini kadang-kadang amat mementingkan diri sendiri, mengamalkan pembaziran, seorang yang kedekut, dan lain-lain. Walhal,  dirinya seorang yang taat pada perintah ALLAH.
              Kebanyakan orang pada masa kini lebih "judge" pada luaran dan bukan pada luaran dan dalaman. Saya sendiri belum tentu dikatakan baik, hanya boleh dikatakan belum cukup amalan untuk mendapatkan habuan "Syurga" yang sentiasa dinanti-nantikan oleh seluruh umat mahupun yang islam atau bukan islam sendiri. 
              Perbetulkan "mind-setting" kita wahai rakan-rakan pembaca. Orang yang baik bukan daripada golongan-golongan yang hanya berzikir, solat pada awal waktu dan sebagainya. Akan tetapi golongan yang baik adalah golongan yang mempunyai sifat seperti Al-Quran. Apabila dibaca, hati menjadi tenang, apabila dialunkan, hati menjadi sayup. Ingatkah kita pada satu cerita bahawa Sorang pelacur memberi minum pada seekor anjing yang sedang dahagakan air. Lalu pelacur tersebut meninggal dunia, dan dicatatkan didalam ceritanya bahawa dia tergolong dalam golongan syurga. Tidakkah kita ingat, seorang pemuda yang sudah membunuh 99 orang dan ingin bertaubat, dan telah mengenapkan pembunuhannya menjadi 100 orang apabila dikatakan dirinya tidak akan diterima taubatnya, lalu dia pergi mencari perkampungan yang dikatakan dapat membantunya, sebelum sempat dia sampai ke kampung tersebut, lalu  dia meninggal dunia. Didapati jarak diantara dia dengan tempat yang dikatakan dapat membantunya kembali kepangkal jalan lebih dekat berbanding tempat terakhir dia melakukan pembunuh. Lalu  juga dimasukan kedalam Syurga.
              Sama-sama kita perbetulkan minda dan fikiran kita. Jangan pandang kebaikan seorang itu daripada sudut luaran. Mohonlah pada Pencipta, agar kita sentiasa didampingi golongan-golongan yang baik. Juga memohon, agar golongan yang dikatakan"kurang baik" akan menjadi lebih baik.         Ini adalah perkongsian saya yang sudah kian lama membisukan diri..

Sunday, 29 January 2012

SUAMI



Bukan senang nak jadi SUAMI,
Tapi seronok jadi SUAMI,
Kekadang-kadang jadi SUAMI boleh jadi derita,
Kecewa apatah lagi,
Bukan senang bila SUAMI tak pandai menjaga keluarga,
Silap-silap nak masuk syurga pun tak jadi sebab kena tarik dengan anak-anak dan isteri,
Seronok bila dapat isteri yang sentiasa memahami,
Tapi rasa derita menyusuk dijiwa bila isteri yang tercinta melawan kata-kata yang sepatut didengarinya,
Apa nak jadi dengan masa kini,
Lain yang harap lain pulak yang jadi,
TAPI??bagaimana dengan kecewa bila jadi SUAMI??
Akan teramat kecewa jika peragai yang sebenar sudah mula ditonjolkannya.





Monday, 21 November 2011

Penjaga yang AMAT HEBAT

       Sudah lama rasanya tidak edit blog ini. Apa-apa pun, sedikit perkongsian yang mungkin dapat saya kongsikan dalam blog ini akan saya teruskan. Dunia serba moden dan cangih amat membanggakan seluruh masyarakat sehinggakan duduk dirumah juga sudah dapat menjana pendapatan harian. Menjadi fitrah manusia amat menyukai bila mendapat sesuatu yang menguntungkan dengan cara senang dan mudah. Buat apa pun tidak, sudah mendapat habuan yang melimpah ruah, duduk goyang kaki juga boleh menghasilkan pendapatan yang tinggi menggunung. 
        Pendek cerita, manusia khususnya umat islam amat beruntung kerana mudah mendapat pahala untuk menjaminkan seseorang itu masuk kedalam syurga yang kekal abadi. Akan tetapi, ada syarat-syaratnya iaitu menjaga pergaulan, menjaga pandangan, jaga permakaian, dengar nasihat yang dapat membimbing diri, kutip ilmu banyak-banyak terutama ilmu Quran dan lain-lain.
       Tidak cukup daripada itu, jangan terkejut apabila tiba Hari Pembalasan untuk timbang pahala kita. Tiba-tiba, pahala yang telah dikumpulkan cukup banyak daripada apa yang dijangkakan. Rupa-rupanya, itulah pahala orang yang mengata, mengutuk, mengaibkan dan lain-lain mengenai diri kita. Senang dapat pahala kan??
         Kesimpulannya, ada orang yang ingin menjaga kita tapi kita yang tidak mahu kerana merasakan tidak bebas sedangkan ianya adalah untuk keselamatan dan kebahagian diri sendiri. Itulah Pencipta ILAHI yang menjaga seluruh tingkah laku kita dan Dia lah penjaga yang terbaik. Tetapi sejauh mana manusia itu nak untuk dirinya dijaga oleh-Nya?

Monday, 24 October 2011

hebat Tapi SEDIH

Seorang wanita inginkan cincin dari kekasihnya..
Kekasihnya memberikannya teddy bear..
Wanita itu kecewa,lalu mencampakkan teddy bear itu di jalan..
Kekasihnya berlari mendapatkan semula teddy bear itu tapi dilanggar sebuah kereta yang lalu di situ..
Kekasihnya mati.. Wanita itu berada di sebelah kekasihnya sambil memeluk teddy bear tu..
Cuba teka!..
Teddy bear itu berbunyi ' WILL YOU MARRY ME?'
Wanita itu terjumpa cincin di dalam poket teddy bear itu....

Islam dah ajar.. SABAR ITU SEPARUH DARIPADA IMAN..
Kalaulah wanita itu bersabar. Rasa-rasanya apa yang dia akan dapat? kadang-kadang timbul isu "saya bukan nabi untuk sentiasa bersabar". Tapi percayalah, sabar itu pahit, tapi nikmatnya HEBAT. Manusia ada pilihan, jadi pilihlah untuk bersabar dengan sabar yang betul. jika tidak dapat tahan sabar sekali pun, mandilah kerna dengan mandi akan dapat meredakan segala tangisan mahupun kesedihan.

Monday, 26 September 2011

Asik-Asik dia SAHAJA yang Dapat


Banyak sangat kehebatan yang telah dimiliki oleh setiap manusia. Baik daripada ekonominya, pangkatnya mahupun umurnya sendiri. Mana mungkin umur seseorang itu meningkat dan kembali muda. Bertentangan dengan hukum dunia jika perkara itu berlaku.
     Manusia sering berkata bahawa dirinya tidak mempunyai kebahagian yang sempurna. Kalau ditanya kepada hati setiap manusia, jika Maha Pencipta memberi apa sahaja yang manusia itu mahukan adakah manusia itu sendiri mampu untuk berdikari dan berusaha untuk mencari. Sudah semestinya tidak kerana manusia itu sendiri hanya menunggu rezeki yang datang bergolek. 
        Mana mungkin manusia itu sendiri hendak bahagia jika kebahagiannya tidak dikongsikan bersama-sama. Sebagai contoh, rezeki yang telah diberi oleh Sang Pujaan tidak dikongsikan bersama-sama dengan orang yang memerlukan. Bagaimana si Dia hendak berkongsi kebahagian kepada manusia tersebut kerna sifat kedekutnya terhadap manusia lain.
    Sangat berat untuk hulurkan sumbangan walaupun hanya sekadar 10sen, lagi bertambah hina jika dikatakan tidak sambil melambai dengan wajah yang masam kepada si peminta. Apalah salahnya jika tidak mampu untuk mengulurkan sumbangan, hanya sekadar senyuman terukir dimuka sambil berkata “tidak ada” dan memohon maaf kerana tidak dapat membantu. Islam itukan indah jika dihiasi dengan senyuman, kerana senyuman itu dapat mengubati hati yang lara.
       Jika hati berkata, takut tertipu dengan peminta yang dusta. Adakah kita ini tidak menipu dalam mencari rezeki sang pencipta? Kadang-kadang kita berburuk sangka dengan orang, sedangkan perkara itu sendiri kita lakukan. Bukalah minda dan terima seadanya manusia sekeliling tanpa ada rasa benci. Kerana benci itu sendiri akan menutup pintu kebahagian yang bakal dikecapi.
                 

Monday, 19 September 2011

hati BROADBAND

Setiap manusia mempunyai hati, hati yang sentiasa suci tidak akan lari dengan kehidupan yang sangat murni. Sudah sangat banyak perbincangan yang membincangkan mengenai hati, akan tetapi masalah hati tetap menjadi-jadi. Tidak kiralah sehebat mana seseorang itu, ia tidak akan lari dengan hati yang sering berubah-ubah. Kadang-kadang terfikir apa kepentingan hati berbanding akal yang sering berfikir untuk segala kerja akhirat mahupun duniawi? memanglah akal yang berfikir tetapi dalam manusia ini adanya tersimpan nafsu, dan nafsu itu terletak pada hati setiap manusia. Kalau bercakap mengenai nafsu, maka kalau nafsu itu tidak dapat dikawal dengan baik tidak hairanlah akal juga bertindak mengikut perkara yang tidak baik. Dari situlah menunjukkan kepentingan menjaga hati supaya akal pun berfikir perkara yang baik.
Semua Tentang Hati
     Hati menjadi tidak tentu hala apabila sesuatu perkara menimpa. Hati tenggelam bersama-sama dengan akal yang terbilang, dan hanya nafsu yang berjaya menegakkan bendara di dalam diri manusia tanda ianya sudah berjaya bertapak didalam jiwa. Hati manusia ini sering berubah-ubah seperti line "broadband" yang tidak menentu takkala seseorang itu duduk bersedirian mengenang kisah yang lalu, janganlah ingati hari mudamu yang penuh dengan babak-babak kejahilan, kerana hari-hari itulah yang akan menenggelamkan jiwa mu yang riang.
     Kesimpulannya, nak atau tak nak hati manusia sering berubah-ubah. Hati yang gelap adalah hati yang penuh dengan rasa benci terhadap orang lain, hentikan rasa membenci. Hati yang gelap datangnya dari kesedihan yang terlampau, ceriakan kembali hati mu. Hati yang gelap datangnya dari diri yang tidak mahu berubah atas nasihat orang sekeliling untuk kebaikan diri sendiri, bukankan minda dan jangan cepat melenteng.

Sunday, 4 September 2011

kita yang tentukan.....

    Hari ini, seorang kawan cina saya telah masuk agama islam. Wahh, bertuah betoi...Dengar cite, sebelum dia masuk islam, dia selalu membaca quran yang ada terjemaah orang putih. Sedar  tak sedar, dia dh masuk islam dah. Bertuah betoi...
     haaa, itu permulaannya, cite yang sebenarnya baru nak start...aku bnyk perhatikan, kalau perempuan selalunya bercakap dengan emosi, dan kalau lelaki pulak macam mana??haaaa, kalau lelaki mesti bertindak mengikut emosi...apa-apa pun, xsemua orang mcm apa yang saya cakap...just kebanyakan ye macam ini laa....
     payah tau, akal ada tapi bila buat sesuatu bukan mengikut akal, akan tetapi ikut emosi. Mesti setiap perkara yang dibuat sukar untuk dapat yang TERBAIK (kata boboiboy)...
     Hari itu, saya ada terbaca sebuah buku. .Sesorang yang berjaya adalah seseorang yang bertindak mengikut akal. Akan tetapi sesorang yang tidak berjaya adalah orang yang bertindak mengikut emosi. Haaa, dok cakap pasal emosi ini, faham tak emosi tu apa?? Dalam bahasa ringkas dan senang difahami, cepat sangat dok marah-marah. Kiranya, tak dapat tahan marah laa. Kita seringkali ada dua pilihan, pilihan yang positif dan pilihan yang negatif. Jadi, siapa yang tentukan? Diri sendiri leeee..heeee
        Kita seringkali gagal mengawal emosi, kerana kita gagal memilih untuk menjadi seorang yang tahu mengawal emosi dan bertindak positif dalam semua keadaan. Semua emosi ini kita yang menciptanya. percaya tak??hehehe...
    ok, sini ada tips sikitla.....bila hati kita dalam keadaan yang tidak menentu, cuba anda
  1. Pejamkan mata, sambil bersandar ditempat yang selesa
  2. Tarik / hembus nafas secara perlahan-lahan
  3. Berkomunikasi dengan diri anda sendiri. "perlu atau tidak aku bertindak macam tu"
  4. lastly, buka mata dengan minda yang terbuka sambil cakap "haaaaa, lega akhirnya"
    Sebabnya, time nak marah tu, pernafasan dan dengupan dada kita berada dalam keadaan kencang. Jika penafasan dan dada kita kencang, time tu laa sikap marah tu cepat nak datang...heeee.     kesimpulannya, Jangan biarkan KITA dikawal oleh emosi, sepatutnya KITA yang mengawal emosi. Tenang dalam menghadapi sebarang kemungkinan. Emosi senang dikawal punya...heeeee. Jangan bangga jika anda ada kelulusan yang tinggi, tetapi bertindak mengikut emosi. Ok2, dah panjang sangat ni. Jumpa lain kali yaa...papai...hehehe......