22hb Disember 2012 adakah tarikh bersejarah bagi aku?? Yes, masa tu aku dikonvokan oleh kolej aku. Time raptai, perasaan macam-macam mula memenuhi dilubuh kecil. Sedih??Suka??Kecewa??Bangga?? semua ada. Tapi yang mungkin kukuh perasaan sedih. Sebab 3tahun aku belajar, TETAP TAK DAPAT KUASAI BAHASA ARAB!!!atoiyan... Jadi, wat must i do?? belajo lagi laa....
Adakah aku tak berbangga dengan Diploma yang aku dah dapat ni? Mungkin sedikit je kebanggaan yg aku dapat rasakan, sebab aku tak mampu memikirkan lagi dengan Diploma yang aku dah dapat ni "apa yang boleh aku sumbangkan?" mungkinkah aku belajar dalam bidang aku, dan berkerja dalam bidang lain?? Yup, aku akan sambung belajar dengan peringkat yang lebih tinggi. Tapi??adakah sudah bersedia??
Sebab tu aku katakan aku sedih, sebab aku tak mampu memikirkan lagi dengan apa yang boleh aku lakukan dengan Diploma ni. Yang perlu aku lakukan hanya bersyukur pada Tuhan, sebab tak sangka yg aku tak ada latar belakang sekolah agama dapat melanjutkan pelajaran dalam bidang syariah. Itu memang aku sangat tak sangka, beb.... Apa hikmah Allah bagi aku belajar dalam bidang syariah, mungkin hikmah akan aku perolehi masa akan datang ataupun mungkin hikmah tu dah datang, cuma aku tak perasan.
Sesudah habis praktikal, aku cuba cari kerja dalam bidang undang-undang firma syariah. Hampir 20 firma juga aku cuba. Tapi satu pun tak ada respon, apa yang penting "aku kena bersangka baik dengan apa yang aku dapat sekarang". YES, ada rezeki tempat lain. Tunggu dan lihat, apa yang akan terjadi masa akan datang. Yang penting, berusaha untuk mengatur langkah sebagai pelajar yang sudah di diplomakan (aku memang suka rosakkan tatabahasa).
Moral Of Story??
- Apa yang akan aku sumbangkan. Adakah aku akan sumbang pada diri semata-mata. Keluarga semata-mata. Agama semata-mata. (ini bukan moral of story, ini muhasabah diri!!)
- Bersangka baik dengan apa yang tuhan aturkan. Fikir hikmah, jangan fikir musibah.
- Jangan takut untuk aturkan kehidupan, orang yang takut mengatur kehidupan adalah orang yang hidup dalam bayangan. Atau adakah dikatakan pengecut??
- Jangan berasa selisah dgn apa yang sudah ada, terus tambahkan keindahan dalam kehidupan.