Friday, 17 August 2012

Aku Suka Biru, Kau?Lantak kau lah

Ada orang cakap "apa yang diri sendiri buat, sentiasa terasa betul" until ada yang mengeluarkan statment "ini diri aku, suka hati akulah nak buat apa". Pernah alami? Tak taulah kalau korang, setahu aku pernah je aku alami perkara ini sebab itu aku post. Mungkin juga aku pun pernah buat..hohoho...

So, tujuan manusia dicipta banyak-banyak bukan untuk hidup seorang diri.. Yes mungkin ada yang menetapkan dalam hati untuk tidak mahu berkahwin or mendirikan rumah tangga. Tapi dengan keyakinan yang ada pada diri ini mengatakan anda akan sunyi tanpa kawan?sahabat?parent?keluarga?sedara? watever ar. Sedangkan para wali sendiri pun perlukan something untuk menemaninya, siapa??Of couse ar para wali nakkan penemannya yang setia, Allah.

Tapi bagi manusia yang biasa-biasa macam yang menaip entry ini, pasti merasakan perlu ada sahabat. Sebab perlukan bimbingan selain daripada bimbingan guru-guru sekolah(selamat hari guru, eh?dah lepas ar). Kan?

Tapi masalahnya bila orang yang nak bimbing kita itu memberi cadangan yang kita sendiri berat untuk menerima. Sebagai contoh, "Ali, kau ni kuat sangatlah hisap rokok. Cubalah kau berhenti atau kurangkan". Jadi Ali yang sememangnya sukar untuk berhenti merokok pasti merasakan kawan dia tu tidak memahami dia. Kan? It's ok kalau si Ali tu tak mau dengar or macam berat untuk menerima nasihat, tapi sekurang-kurangnya say THANKS MY FREND pun tak ada ke. Pasti orang yang memberi nasihat itu merasa dihargai walaupun nasihatnya diketepi if your all say thanks.(padahal dalam hati, LEPAS NI AKU TAK AKAN AMBIK TAU HAL KAU DAH). Oh, kejamnya.hehehe..

Let say lah kan(broken english), one day korang pasang lagu kuat-kuat, lagu metalica pulak tu. Then jiran korang megamuk untuk suruh korang slowkan sikit volumenya. Than kalau ada yang baik tu, will be slowkan ar lagu tu kan? Tapi kalau yang tak baik tu, will be cakap "rumah aku, tanah aku, speaker aku, suka hati aku". Lepas itulah berlakunya perang dingin antara jiran dengan jiran. Ini situasi yang kalau dua-dua jiran itu keras kepala. Kalau dapat jiran balas dendam macam mana? They will do the same thing, mesti korang yang mungkin tengah nak tidur akan terganggu. Itulah perasaan dorang bila korang pasang lagu kuat-kuat then say suka hati aku.

So, the point is. Semua orang perlukan teman, rakan, sahabat. Tapi belum tentu semua rakan-rakan, teman, sahabat mahupun jiran itu mampu untuk "bertimbang rasa". How nak tengok orang itu bertimbang rasa or tak? Mungkin cara mudahnya, mulut seseorang itu mudah untuk berterima kasih, mahupun memohon maaf.

Walaupun something yang they will give to us itu macam tak boleh untuk di terima or tak sesuai pada diri, tak apa just say thank's. Sekurang-kurangnya, orang akan rasa dihargai. Jangan membisukan diri anda.

Secara keseluruhannya kalau hampa nak yang terbaik untuk diri hampa, maka sikap yang baik adalah yang terbaik untuk diri anda, kelakuan yang baik akan dibalas dengan kelakuan yang baik.


No comments:

Post a Comment