Tuesday, 11 December 2012

Masalah Datang!! LANTAK LAA SITU

Selalu sangat bila aku on9 Facebook, ada sahaja luahan. Tak kira soal hati, mahupun duit ataupun soal dunia. Tapi, yang menarik perhatian aku pada satu status ni. 

"Macam mana nak selesaikan masalah"

Aku pun terfikir, masalah macam mana yang dia nak selesaikan. Then aku pun balaslah,

"selesaikan mana yang penting dahulu"

Dalam dunia ini, mana ada orang yang tak timpa masalah, walaupun bayi yang belum mampu untuk berfikir juga ada masalah, apa masaalahnya?? Susu lambat dapat, kan dah menages budak tu. Jadi aku pun terfikir bagi mereka yang cuba lari dari masalah. Dulu mungkin aku pun pernah buat, lari daripada masalah, sebab masa tu aku pun hingus tak tahu nak lap sendiri. Then bila aku lari daripada masalah tu, benda yang tak diduga masalah lebih besar dari sebelum ni pulak yang datang. Tapi aku cuba lari lagi, pun sama. Tetap masalah lain juga datang.


Tetiba, aku dapat anologi macam ni :

"masalah itu diibaratkan mcm delete mesej yang memenuhi inbox handphone...then mesej lain yg akan datang....Nak selesaikan masalah pulak macam mana??kita selesaikan masalah tu ibarat mcm membalas mesej org dlm SMS...Bila dah balas, means settle masalah...tapi, akan ada mesej lain yg masuk....kandang-kadang 10 sms masuk gus dalam inbox..Jadi?? tetap sama, balas mesej satu persatu....Takkan mungkin anda akan dapat membalas kesepuluh 10 dalam satu masa. 
(send to many??). Ada mesej yg kita buat xtahu, macam tak balas msj tu (Hotlink atau Celcom bagi mesej) . Means, mesej tu mungkin tak penting untuk kita ambil tahu"



Apa-Apa pun, bila dapat sebarang masalah sekali pun. Tenang, dan katakan pada diri. "masalah ini sangat mudah bagi aku, dan aku mampu selesaikan"

Moral Of Story

Masalah apa sekali pun, tetap dapat diselesaikan. JIKA AWAK-AWAK SEMUA TENANG DAN RELAX. Letakkan dalam fikiran, masalah aku mudah berbanding masalah orang lain yang lagi susah, aku bersyukur tak dapat masalah macam orang tu. Thanks God. Settlekan masalah satu persatu, jangan mudah melenting. Lebih-lebih lagi wanita. Masalah tu, hanyalah untuk menguji kesabaran, kepintaran, kekuatan, keberanian anda. Ok, finish....Penulis juga mempunyai masalah...Jadi, CAKAP DAN BUAT WAHAI PENULIS......heeeee. Baik Tuan....




No comments:

Post a Comment