Tuesday, 16 October 2012

Jalan Tanpa Dirancang


assalammualaikum

Rasanya hampir 4 ke 3 minggu, sabtu ahad aku ada je plan. Berjalan la, p program la, p kenduri kawin la. So dah mcm jadi sebati pulak. Tapi dlm minggu kedua bulan 10 lepas tetiba mcm tak ada apa-apa plan. So agak mcm janggal la pulak. Tu la org tua-tua ckp, jgn mulakan sesuatu benda yg baru, takut ketagih. Hee....plus memang aku suke jalan-jalan pun like travel gitu. Jadi malam jumaat, cube la plan, tp xde sape2 nak teman. So fikir mmg xde kemana ar sabtu ahad ni. Redho je la. Keesokkan harinya, tetibe dlm pukul 2.30petang hari sabtu tu, kawan aku call.

Namin : yoooo Johan, pe plan?
Aku : yooo Nabil, entah ar. Johan tak ada ape2 plan pun, awat? Nabil ada plan ke?
Namin : Johan kate nak ajak lepak, ate moh lee
Aku : sunway pyramid? main ice skating?
Namin : sonok jgk tu, ajak Syarifah Syahira sekali laa.
Aku : ok, ko ajak je Syarifah Syahira tu, aku krdt kurang

(tetibe gelaran ditukar kepada nama artis-artis)

So?? tanpa diduga, hari sabtu tu dalam pukul 6 petang jugak kot, baru kitorg bertolak ke sunway pyramid, kata org tu tempat dajjal. Heee...



Dlm kiraan pukul 6.30 petang kitorg sampai sunway pyramid. Jalan-jalan la dulu dkt dlm sunway tu, tapi time tu agak blur jgk, nak main ice skating atau tgk wayang. Jadi fikir punya fikir, magrib dah smpai. Solat magrib dulu, dah setle, p la kauter ice skating tanya tutup pukul berapa. sebab time tu dah pukul 8malam, sebab 1st time main. Terasa nak main macam 2jam je gitu. Tapi kauter kate ice skating cuci pukul 8mlm-8.30mlm. Tutup pukul 10mlm. So?dalam sejam setengah jugak. plus kene bayar dlm RM94 utk tiga org. mula-mula macam rugi. So fikir dulu.


Dalam masa nak fikir tu, tetibe rasa lapo, MELANTAK KEJAP ar...pergi ar jumpe atok(kfc)...Makan dlm setengah jam. dari pukul 8 hingga 8.30malam. Keputusan pun dah dapat, kami tetap nak main sebab xpernah main ice skating. Jadi, 8.30 p kauter balik, bayar.. Then terus main!!!


 Kami fikir sejam setengah macam tak cukup untuk puaskan nafsu main ice skating. Rupanya, dlm 15minit pun dh penat dah. ^_^ Dengan gelak-gelak bagai ^0^ ...

DALAM ICE SKATING DILARANG TANGKAP PICTURE

Tapi, orang otai katekan, pedehal. Sental je take picture dalam tu. Tapi kene cover-cover, sebab ada abg polis dalam tu tau. Kene pandai seludup..hahaha...


 TIPS NAK TANGKAP PIC DALAM TU

1.    Cover-cover dengan abg polis dalam tu
2.   Jangan bawak camera beso-beso
3.  Just bawak camera hp je
4.  Ambik masa 6 saat utk posing, jgn terlalu lama
5.  Then SNAP CEPAT-CEPAT!!!
6.  Simpan hp dalam poket balik

<KALAU TIDAK KENE KATOK LAGU NI>


So, habis utk sejam setengah main ice skating tu. Jadilah utk lepaskan ngidam nak main benda alah tu. Puas jugak, tapi kalau main ramai-ramai lagi gempak. Hang tolak aku, Hang jauh. Aku gelakkan puas-puas. ^_* Tapi bagi aku la kan, terasa best jugak bile jatuh then baring terus dkt lantai ice tu. SEJUK!!!hahaha....


SO?? kalau anda datang sunway pyramid 1st sekali. JANGAN GELAKKAN ORANG, bile anda masuk dalam tu, mungkin ada 2 kemungkinan. ORANG GELAKKAN KAMU, ATAU ORANG MINTAK KAMU AJAR DORG MAIN ICE SKATING.

Ok, papai.....

kredit for Namin, Intan Syahirah, tajaan kenderaan Proton Wira

Tuesday, 2 October 2012

Menjadi Pendengar Yang Baik

Ramai lelaki gagal dalam menjadi pendengar yang baik. Apabila pasangan mereka meluahkan perasaan atau menceritakan sesuatu, lelaki akan suka 'potong' dan menghilangkan mood pasangan mereka. Ini menyebabkan wanita terus tertekan dan akhirnya perhubungan menjadi semakin renggang dan menyebabkan perpisahan.

Tetapi, bagaimana untuk menjadi pendengar yang baik kepada wanita? Berikut merupakan 7 tips yang ingin saya kongsikan bersama-sama dengan anda semua...


1. Berikan perhatian sepenuhnya - Apabila si dia mula berkata-kata, tumpukan sepenuh perhatian kepadanya. Hentikan segala perbuatan anda dan dengar dengan teliti setiap apa yang si dia ingin katakan. Walaupun terdapat gadis yang lalu-lalang di sebelahnya, jangan sesekali menjeling ke arah gadis tersebut. Saya tahu perangai anda, kerana saya juga seorang lelaki.



2. Pandang matanya - Ketika si dia sedang bercakap, pandang matanya. Renung dan dengar dengan teliti cerita yang ingin disampaikan. Itu akan membuatkan si dia lebih gembira untuk meneruskan cerita atau luahan perasaan kerana anda ada untuk mendengarnya.

3. Jangan berikan pendapat - Apabila si dia meluahkan perasaaan, jangan sesekali memberikan pendapat atau jalan penyelesaian. Sebagai contoh, "Tadi ada pakcik tu jatuh tangga. Kesian je tengok pakcik tu." Jangan pula anda berikan pendapat, "Ala...biarlah dia nak jatuh ke, nak tergolek ke. Bukan awak susah pun...". Ini adalah sangat-sangat mematikan mood pasangan anda. Si dia hanya ingin meluahkan perasaan dan bukannya meminta pendapat anda. Jadi, jangan sesekali memberikan pendapat kecuali diminta.

4. Bertanyakan soalan - Untuk menaikkan lagi mood si dia bercerita, tanyakan soalan-soalan yang berkaitan dengan apa yang dicerita. Ini menunjukkan yang anda juga berminat dengan cerita yang si dia kongsikan. Saya guna contoh yang sama seperti di atas, "Tadi ada pakcik tu jatuh tangga. Kesian je tengok pakcik tu." Soalan yang boleh anda tanya, "La...macam mana dia boleh jatuh?".

5. Berikan sokongan kepadanya - Sekiranya pasangan anda sedang marah-marah atau merungut mengenai sesuatu, dengarkan saja apa yang si dia marahkan. Berikan sokongan yang anda juga berpihak kepadanya. Dan jangan sesekali anda menyokong orang yang dimarah itu pula. Ini akan menunjukkan yang anda tidak menyokong dirinya dan menyebabkan si dia bertambah marah.

6. Ulang semula apa yang dikatakan - Anda juga boleh mengulang semula apa yang si dia katakan bagi menunjukkan yang anda mendengar ceritanya. Contoh yang sama, "Tadi ada pakcik tu jatuh tangga. Kesian je tengok pakcik tu." Apa yang anda boleh buat adalah, "La...kesian pakcik tu jatuh tangga...". Dan si dia akan terus menyambung semula bercerita selepas mendapat tahu yang anda sedang mendengar ceritanya.

7. Diam dan jangan berkata apa-apa - Tetapi, jika topik luahan perasaan atau marah itu ada berkaitan dengan anda, adalah lebih baik anda berdiam diri dan jangan respon apa-apa. Lebih baik anda tahan telinga dan mendengar apa saja yang si dia katakan. Biarkan si dia luahkan segala perasaannya. Dengan cara sebegini akan membuatkan si dia lebih cepat reda kerana perasaan marah itu berjaya dikeluarkan.

Mudah bukan untuk menjadi seorang pendengar yang baik? Apa yang perlu anda buat hanyalah, mendengar. Itu sahaja.

Perempuan akan rasa diri mereka disayangi apabila luahan perasaannya didengari oleh pasangan. Sekiranya pasangan anda sedang bercerita atau meluahkan perasaan, anda sudah tahu apa yang perlu dilakukan. Jadilah pendengar yang baik, kerana itulah salah satu resepi untuk membina percintaan yang bahagia selamanya.


artikal dipetik daripada penpatah.blogspot.com

Friday, 24 August 2012

Ketua

Kadang-kadang rasa geli pun ada, rasa rimas pun ada, rasa menyampah pun ada. Tapi pada mula-mula tu, ada rasa bangga pun ok gak. Ok, wats dat?? We call it PENGIKUT...haha.

Siapa je yang berpegaruh dalam satu-satu group tu, pasti akan ada pengikut masing-masing. Sampaikan cara berpakaian pun still ada pengikut. Let's say, cara pemakaian pelakon-pelakon jadi ikutan kepada remaja-maja, gitulah. Tapi bukan pengikut yang macam itu dimaksudkan, tapi pengikut yang macam "kalau kau tak ada, tak bestlah". 

Kalau pada mula-mula tu, best jugak ar. Terasa macam disanjung gitu, tapi lama-lama terasa rimas when somebody push kita utk pergi satu majlis ke apa ke. For example, "wei, jomlah p event itu", then korang jawab "malaslah, penat", then dorang jawab "kalau kau tak ada, tak bestlah. Jomlah", then korang repeat again "malaslah, penat. Korang jelah yang p", and THEN dorang cakap "kalau kau tak p, kitorang pun malas nak p ar". Apa yang hampa semua rasa time tu? Setengah orang say Lantak korang, setengah orang lain pulak rasa telah mengecewakan hati orang lain. Macam telah menghampakan orang je, tak sampai hati. Do u experience that?



For me, sudah tentu pernah ada pengalaman macam itu. Maklumlah, orang yang berpegaruh. (angkat bangkul sendiri). Hak Hak Hak... So, apa je yang kita perlu buat dengan pengikut-pengikut kita ni? Tunjukan etika yang baik, agar dijadikan ikutan yang baik je. When you sebagai kepala kepada pengikut-pengikut tu buat benda yang tak baik pasti perkara yang tak baik itu akan dijadi ikutan, kemungkinan besar korang pulak yang benci. Example kalau korang mencarut dekat orang lain kebetulan pulak pengikut korang nampak, then pengikut korang mencarut dekat korang balik. Tetibe korang maki hamun dorang, then dorang cakap "dah kau pun buat macam tu" or "kau buat boleh pulak, kami buat tak boleh pulak".

Yang membuatkan rimas tu, sebab terasa macam tak ada privary. Badan baru nak landing di katil yang empuk, tetiba member ajak kuar. Memang badan yang baru dimanjakan dengan katil yang empuk tetiba menjadi pemberontak. Geram..........huuu. Apa-apa pun, layan selagi mahu. Tak mampu layan, jangan dipaksa. Sebab bila badan dah penat sangat sampai jalan pun nak mencecah bumi bukan tentu member dapat dukung pun. Tapi lain kali bila badan dah rasa relax and cool, pujuklah balik member tu. "hey, dulu kau ajak aku p shoping kan? So, jomlah p shoping". Yang paling penting, post yang sebelum ini jangan membisukan diri. 

The point is, "berbanggalah jika dijadikan sebagai pengikut, semakin ramai pengikut, semakin ramai yang akan mendoakan kebaikan anda. Makin ramai yang menyukai anda, makin ramai yang membantu anda di Akhirat nanti. Mereka akan berkata 'Ya Allah, dia seorang yang baik, maka masukkan dia bersama orang yang baik-baik'. Biarlah hidup meninggalkan kenangan"



Friday, 17 August 2012

Aku Suka Biru, Kau?Lantak kau lah

Ada orang cakap "apa yang diri sendiri buat, sentiasa terasa betul" until ada yang mengeluarkan statment "ini diri aku, suka hati akulah nak buat apa". Pernah alami? Tak taulah kalau korang, setahu aku pernah je aku alami perkara ini sebab itu aku post. Mungkin juga aku pun pernah buat..hohoho...

So, tujuan manusia dicipta banyak-banyak bukan untuk hidup seorang diri.. Yes mungkin ada yang menetapkan dalam hati untuk tidak mahu berkahwin or mendirikan rumah tangga. Tapi dengan keyakinan yang ada pada diri ini mengatakan anda akan sunyi tanpa kawan?sahabat?parent?keluarga?sedara? watever ar. Sedangkan para wali sendiri pun perlukan something untuk menemaninya, siapa??Of couse ar para wali nakkan penemannya yang setia, Allah.

Tapi bagi manusia yang biasa-biasa macam yang menaip entry ini, pasti merasakan perlu ada sahabat. Sebab perlukan bimbingan selain daripada bimbingan guru-guru sekolah(selamat hari guru, eh?dah lepas ar). Kan?

Tapi masalahnya bila orang yang nak bimbing kita itu memberi cadangan yang kita sendiri berat untuk menerima. Sebagai contoh, "Ali, kau ni kuat sangatlah hisap rokok. Cubalah kau berhenti atau kurangkan". Jadi Ali yang sememangnya sukar untuk berhenti merokok pasti merasakan kawan dia tu tidak memahami dia. Kan? It's ok kalau si Ali tu tak mau dengar or macam berat untuk menerima nasihat, tapi sekurang-kurangnya say THANKS MY FREND pun tak ada ke. Pasti orang yang memberi nasihat itu merasa dihargai walaupun nasihatnya diketepi if your all say thanks.(padahal dalam hati, LEPAS NI AKU TAK AKAN AMBIK TAU HAL KAU DAH). Oh, kejamnya.hehehe..

Let say lah kan(broken english), one day korang pasang lagu kuat-kuat, lagu metalica pulak tu. Then jiran korang megamuk untuk suruh korang slowkan sikit volumenya. Than kalau ada yang baik tu, will be slowkan ar lagu tu kan? Tapi kalau yang tak baik tu, will be cakap "rumah aku, tanah aku, speaker aku, suka hati aku". Lepas itulah berlakunya perang dingin antara jiran dengan jiran. Ini situasi yang kalau dua-dua jiran itu keras kepala. Kalau dapat jiran balas dendam macam mana? They will do the same thing, mesti korang yang mungkin tengah nak tidur akan terganggu. Itulah perasaan dorang bila korang pasang lagu kuat-kuat then say suka hati aku.

So, the point is. Semua orang perlukan teman, rakan, sahabat. Tapi belum tentu semua rakan-rakan, teman, sahabat mahupun jiran itu mampu untuk "bertimbang rasa". How nak tengok orang itu bertimbang rasa or tak? Mungkin cara mudahnya, mulut seseorang itu mudah untuk berterima kasih, mahupun memohon maaf.

Walaupun something yang they will give to us itu macam tak boleh untuk di terima or tak sesuai pada diri, tak apa just say thank's. Sekurang-kurangnya, orang akan rasa dihargai. Jangan membisukan diri anda.

Secara keseluruhannya kalau hampa nak yang terbaik untuk diri hampa, maka sikap yang baik adalah yang terbaik untuk diri anda, kelakuan yang baik akan dibalas dengan kelakuan yang baik.


Thursday, 16 August 2012

Raya Come, Ramadhan go...SURE!!??

Raya datang lagi dengan suasana yang berbeza. Apa yang berbeza ya? Entah ar, kampung aku dah tak ada bunyi mercun dan meriam kot...haha. WATEVER...heee. So, how preparation nk raya? Hope so kn...Tahun ni baju raya yang akan menapak dibadanku mungkin dua pasang je kot. Seperti biasa ar, perasaan nak beli baju raya tak menziarahi hati ini(cewah gitu).

Apa-apa pun, wats meaning of raya yaa?? dalam kata yang senang raya itu kemenanganlah. Kemenangan apa, kemenangan terhadap apa yang telah kita korbankan semasa puasa sebelum ini. So ask ur safe ar ya, apa yang telah korang korbankan untuk puasa yang lepas.

Oh ya, erti korban pulak apa? dalam bahasa yang mudah, dah sembelih then mati.. hohoho... Jadi kalau dah mati, mana mungkin ia kembali, kan? Faham tak apa yang diriku bebelkan...(syok sendiri ka aku ini).

Jadi untuk merangkumkan maksud kemenangan dan pergorbanan is "dah korbankan segala perkara yang buruk semasa bulan ramadhan dahulu, dan pergorbanan itu tidak akan datang kembali barulah anda dikatakan telah mendapat kemenangan". YES, THAT IS!!!

how about budak-budak? kemenangan bagi budak-budak pulak ialah "kemenangan mendapatkan duit raya daripada sanak-saudara, sapa yang paling banyak dapat pungut duit raya, ia bererti sudah menang" hohoho...

Ini secara ringkas erti kemenangan untuk diri yang hina ini. ramadhan will be go after tiz...mungkin ada yang sedih. dan mungkin ada yang tak sedih langsung. Apa-apa pun, saya tetap mengharapkan anda berdoalah agar puasa yang lepas bukanlah hasil yang sia-sia yang hanya tinggal penat lapar dan dahaga serta penurunan berat badan yang ketara...doalah  "YA ALLAH, TERIMALAH AMALAN AKU DIBULAN RAMADHAN YANG LEPAS, DARIPADA KAU SEBAGAI PERMULAAN, DAN DARIPADA KAU SEGALA KESUDAHAN"

SELAMAT HARI RAYA RAKAN-RAKAN..

Friday, 10 August 2012

what you provide, you will get the better of previously.

wahh..long time long typing in tiz blog ar....sampaikan hampir forget password kot..time nak signup tadi memang mengaru kepala yang tidak gatal laa sambil ingat kembali password yg kehilangan ibu bapanya(perlu ke)....perlu for me because tiz my blog ok...haha.

ni ada dialog sikit diantara seorang cucu kepada atoknya yang sedang sakit...

atok    : ADOI!!!SAKITNYA, hoi malaikat ridzuan, bila kamu nk ambil nyawa aku ye pun. Letih nak tanggung sakit ni dah. Cepat la pun datangnya.
cucu    : relax ar atok, kami semua ni masih tak puas jaga atok lagi...tunggu dulu ya.
(selang berapa minit...........)

atok    : ADOI!!!SAKITNYA, hoi malaikat ridzuan, bila kamu nk ambil nyawa aku ye pun. Celik je mata, tak lagi tumponye pun(mati).
cucu    : relax ar atok, atok sakit ni bukan sebab main-main. Pasti ada sebab.
Atok   : Apa sebabnya, tak sanggup nak tanggung sakit ini haa. Kome bukan tau pun.
cucu    : ada dua sebab sakit ini timpa manusia, salah satunya untuk menghapuskan dosa. Kot-kot atok dulu ada buat dosa, time inilah Allah bagi dosa atok terhapus. Satu lagi, untuk menguji keimanan atok. Redho atau tak atuk ditimpa sakit ini.
(selang beberapa jam......)

Atok    : ADOI!!!SAKITNYA, hoi malaikat ridzuan, bile kamu nk ambil nyawa aku ye pun.
cucu     : (dalam hati, memang lah malaikat ridzuan tak ambil nyawa, sebab malaikat ridzuan bukan kejenya cabut nyawa...yg cabut nyawa malaikat Izrael...salah orang laa tok ni pun)....ok atok, macam inilah tok, kalau atok nak mintak mati, atok mintak pada 2 tempat je...
Atok    : (buat muka pelik)
Cucu    : atok mintak meninggal pada hari jumaat, atau bulan Puasa. Baru hati boy dan yang lain senang menerimanya.
(selang beberapa hari daripada itu)

Ayah          : Apak(atok), oh Apak(atok).
Atok          : (sunyi, diam tanpa suara)
Ayah          : Apak dah meninggal.
Umi/cucu   :  Inna Lillahi Wainna Ilaihirojiun..........


(atok meninggal pada bulan puasa yang ke-5)

 Ok, Tamat cerita... Wat the point is, sehebat mana orang itu, secool mana orang itu, belum tentu dia akan ingat segala benda yang dia pelajari sebelum ini atau pun belum tentu dia ingat mutiara kata yang sebelum ini dia keluarkan. Jadi, tujuan Allah ciptakan manusia yang berjuta banyak ini adalah untuk abdikan diri kepada-Nya dan sampaikan nasihat pada orang lain supaya tidak berada dijalan yang salah. Yang paling penting, jangan sesekali judge orang itu jika orang itu tidak mahu terima nasihat kita. Cuma yang perlu ialah jangan jemu dalam menyampaikan nasihat. Kalau kita nasihatkan orang sekali, InsyALLAH  Allah menasihati kita 10 kali. Yang paling penting, ikhlas dalam membuat sesuatu perkara.

Mutiara kata untuk saya
"apa yang anda salurkan, akan anda dapat lagi bagus dari sebelum ini. BE HONEST"

Wednesday, 30 May 2012

Hero Dan Sikapnya

Boleh katakan lama jugak tak update blog ini. Oklah, ini ada satu cerita yang saya nak kongsikan. Seorang hero yang berjuang menuntutkan hak keadilan. 

Akan tetapi sebaliknya pada satu hari dia telah dikalahkan oleh sekumpulan penjahat yang telah mengalahkannya. Hero tersebut terus melarikan diri akan tetapi dapat dikepong oleh penjahat-penjahat tersebut. Kuda tungangannya juga sudah terlepas, pembantunya turut terbunuh oleh penjahat tersebut yang tinggal hanya senapangnya yang tidak mempunyai peluru. Penjahat yang mengepong hero itu sudah mengacukan senapang kepada hero tersebut. Hero tersebut memandang kelangit dengan raut wajah yang mengambarkan kerisauan dan kekecewaan kerana tiada tanda-tanda pertolongan akan datang.

      Tiba-tiba bunyi tapak kaki sekumpulan kuda bergema dan kepulan habuk pasir yang kelihatan menunjukan bantuan akan tiba. Hero tersebut berasa sangat lega kerana tanggapan pertama salah. Tetapi, apabila tentara berkuda itu menghampiri hero tersebut rupa-rupanya tentera itu adalah kawan-kawan kepada penjahat yang mengepung hero itu dan juga ingin membunuhnya.

           Disingkatkan cerita, walau apa pun hero tunggal tersebut tetap menang pada akhir cerita. Kemenangan berpihak kepadanya kerana dia berhenti mengharap dan membantu dirinya sendiri.
           Kesimpulannya, sebelum hero tersebut menggunakan kepintaranya bagi mengubah nasibnya, dia perlu mendapatkan semula sikap tidak bergantug pada orang lain dan perlu menjadi hero setiap masa.