Thursday, 16 August 2012

Raya Come, Ramadhan go...SURE!!??

Raya datang lagi dengan suasana yang berbeza. Apa yang berbeza ya? Entah ar, kampung aku dah tak ada bunyi mercun dan meriam kot...haha. WATEVER...heee. So, how preparation nk raya? Hope so kn...Tahun ni baju raya yang akan menapak dibadanku mungkin dua pasang je kot. Seperti biasa ar, perasaan nak beli baju raya tak menziarahi hati ini(cewah gitu).

Apa-apa pun, wats meaning of raya yaa?? dalam kata yang senang raya itu kemenanganlah. Kemenangan apa, kemenangan terhadap apa yang telah kita korbankan semasa puasa sebelum ini. So ask ur safe ar ya, apa yang telah korang korbankan untuk puasa yang lepas.

Oh ya, erti korban pulak apa? dalam bahasa yang mudah, dah sembelih then mati.. hohoho... Jadi kalau dah mati, mana mungkin ia kembali, kan? Faham tak apa yang diriku bebelkan...(syok sendiri ka aku ini).

Jadi untuk merangkumkan maksud kemenangan dan pergorbanan is "dah korbankan segala perkara yang buruk semasa bulan ramadhan dahulu, dan pergorbanan itu tidak akan datang kembali barulah anda dikatakan telah mendapat kemenangan". YES, THAT IS!!!

how about budak-budak? kemenangan bagi budak-budak pulak ialah "kemenangan mendapatkan duit raya daripada sanak-saudara, sapa yang paling banyak dapat pungut duit raya, ia bererti sudah menang" hohoho...

Ini secara ringkas erti kemenangan untuk diri yang hina ini. ramadhan will be go after tiz...mungkin ada yang sedih. dan mungkin ada yang tak sedih langsung. Apa-apa pun, saya tetap mengharapkan anda berdoalah agar puasa yang lepas bukanlah hasil yang sia-sia yang hanya tinggal penat lapar dan dahaga serta penurunan berat badan yang ketara...doalah  "YA ALLAH, TERIMALAH AMALAN AKU DIBULAN RAMADHAN YANG LEPAS, DARIPADA KAU SEBAGAI PERMULAAN, DAN DARIPADA KAU SEGALA KESUDAHAN"

SELAMAT HARI RAYA RAKAN-RAKAN..

Friday, 10 August 2012

what you provide, you will get the better of previously.

wahh..long time long typing in tiz blog ar....sampaikan hampir forget password kot..time nak signup tadi memang mengaru kepala yang tidak gatal laa sambil ingat kembali password yg kehilangan ibu bapanya(perlu ke)....perlu for me because tiz my blog ok...haha.

ni ada dialog sikit diantara seorang cucu kepada atoknya yang sedang sakit...

atok    : ADOI!!!SAKITNYA, hoi malaikat ridzuan, bila kamu nk ambil nyawa aku ye pun. Letih nak tanggung sakit ni dah. Cepat la pun datangnya.
cucu    : relax ar atok, kami semua ni masih tak puas jaga atok lagi...tunggu dulu ya.
(selang berapa minit...........)

atok    : ADOI!!!SAKITNYA, hoi malaikat ridzuan, bila kamu nk ambil nyawa aku ye pun. Celik je mata, tak lagi tumponye pun(mati).
cucu    : relax ar atok, atok sakit ni bukan sebab main-main. Pasti ada sebab.
Atok   : Apa sebabnya, tak sanggup nak tanggung sakit ini haa. Kome bukan tau pun.
cucu    : ada dua sebab sakit ini timpa manusia, salah satunya untuk menghapuskan dosa. Kot-kot atok dulu ada buat dosa, time inilah Allah bagi dosa atok terhapus. Satu lagi, untuk menguji keimanan atok. Redho atau tak atuk ditimpa sakit ini.
(selang beberapa jam......)

Atok    : ADOI!!!SAKITNYA, hoi malaikat ridzuan, bile kamu nk ambil nyawa aku ye pun.
cucu     : (dalam hati, memang lah malaikat ridzuan tak ambil nyawa, sebab malaikat ridzuan bukan kejenya cabut nyawa...yg cabut nyawa malaikat Izrael...salah orang laa tok ni pun)....ok atok, macam inilah tok, kalau atok nak mintak mati, atok mintak pada 2 tempat je...
Atok    : (buat muka pelik)
Cucu    : atok mintak meninggal pada hari jumaat, atau bulan Puasa. Baru hati boy dan yang lain senang menerimanya.
(selang beberapa hari daripada itu)

Ayah          : Apak(atok), oh Apak(atok).
Atok          : (sunyi, diam tanpa suara)
Ayah          : Apak dah meninggal.
Umi/cucu   :  Inna Lillahi Wainna Ilaihirojiun..........


(atok meninggal pada bulan puasa yang ke-5)

 Ok, Tamat cerita... Wat the point is, sehebat mana orang itu, secool mana orang itu, belum tentu dia akan ingat segala benda yang dia pelajari sebelum ini atau pun belum tentu dia ingat mutiara kata yang sebelum ini dia keluarkan. Jadi, tujuan Allah ciptakan manusia yang berjuta banyak ini adalah untuk abdikan diri kepada-Nya dan sampaikan nasihat pada orang lain supaya tidak berada dijalan yang salah. Yang paling penting, jangan sesekali judge orang itu jika orang itu tidak mahu terima nasihat kita. Cuma yang perlu ialah jangan jemu dalam menyampaikan nasihat. Kalau kita nasihatkan orang sekali, InsyALLAH  Allah menasihati kita 10 kali. Yang paling penting, ikhlas dalam membuat sesuatu perkara.

Mutiara kata untuk saya
"apa yang anda salurkan, akan anda dapat lagi bagus dari sebelum ini. BE HONEST"

Wednesday, 30 May 2012

Hero Dan Sikapnya

Boleh katakan lama jugak tak update blog ini. Oklah, ini ada satu cerita yang saya nak kongsikan. Seorang hero yang berjuang menuntutkan hak keadilan. 

Akan tetapi sebaliknya pada satu hari dia telah dikalahkan oleh sekumpulan penjahat yang telah mengalahkannya. Hero tersebut terus melarikan diri akan tetapi dapat dikepong oleh penjahat-penjahat tersebut. Kuda tungangannya juga sudah terlepas, pembantunya turut terbunuh oleh penjahat tersebut yang tinggal hanya senapangnya yang tidak mempunyai peluru. Penjahat yang mengepong hero itu sudah mengacukan senapang kepada hero tersebut. Hero tersebut memandang kelangit dengan raut wajah yang mengambarkan kerisauan dan kekecewaan kerana tiada tanda-tanda pertolongan akan datang.

      Tiba-tiba bunyi tapak kaki sekumpulan kuda bergema dan kepulan habuk pasir yang kelihatan menunjukan bantuan akan tiba. Hero tersebut berasa sangat lega kerana tanggapan pertama salah. Tetapi, apabila tentara berkuda itu menghampiri hero tersebut rupa-rupanya tentera itu adalah kawan-kawan kepada penjahat yang mengepung hero itu dan juga ingin membunuhnya.

           Disingkatkan cerita, walau apa pun hero tunggal tersebut tetap menang pada akhir cerita. Kemenangan berpihak kepadanya kerana dia berhenti mengharap dan membantu dirinya sendiri.
           Kesimpulannya, sebelum hero tersebut menggunakan kepintaranya bagi mengubah nasibnya, dia perlu mendapatkan semula sikap tidak bergantug pada orang lain dan perlu menjadi hero setiap masa.

Tuesday, 1 May 2012

Dulu...polis buat hal...Sekarang, rakyat dikatakan buat hal...masing-masing mencari kesalahan....beribu otak vs beribu otak....media puak ini vs media puak ini...terpapar didada akbar PANAS tentang hal puak musuh....kesalahan demi kesalahan terungkai...kita golongan bijak pndai...siapa?islam gologan bijak pndai...tetapi FB tetap yahudi pegang...tujuan yahudi memporak-perandakan manusia, dengan post yang tak tentu hala, adakah mereka berjaya? Dendam berada didada, dibeku yang sudah sekian lama. Kemudian dilaungkan, namun pemedih mata tersebar luas diangkasa. DULU~~ KINI??kini, kereta diangkat, pemedih mata belum tersebar luas...pelik, pedih,pening merasuk difikiran. Hummm, hanya keluhan dan laungan ALLAHUAKBAR, adakah islam teraniaya ditangan islam? ada yang hadir, hanya suka-suka...ada yang hadir untuk menjadi media hots~~, ada juga yang hadir ingin merasa kesakitan pemedih mata.. ada juga yang hadir membawa niat 8 pekara, ada juga yang hadir membawa lebih daripada 8 perkara... semuanya adalah niat yang berbeza-beza...tapi adakah masih bersih jalan raya? Adakah jumlah yang sama akan turun jika dikatakan marilah kita bergotong-royong?? masing-masing inginkan hak ditunaikan...Termasuk Di-Atas sana juga inginkan Hak-Nya ditunaikan... Islam akan terpecah kepada 73 golongan, tetapi hanya satu golongan yang akan masuk syurga...jadi??siapakah golongan yang masuk syurga??sedangkan tentang mazhab sendiri pun boleh bertelagah, inikah pula politik semasa??siapa yang benar dan siapa yang salah??masih tunjuk menunjuk??

Sunday, 15 April 2012

Dua Perkara Yang Anda Perlu Bimbang

Jika anda bercinta, 2 perkara yang anda perlu bimbang
Anda Jemu Dengannya
ATAU
Kekasih Anda Jemu Dengan Anda
Jika anda jemu dengannya, tak kisah. Tapi jika dia Jemu dengan anda,
2 perkara yang anda perlu bimbang
Dia Cuba Sakitkan Hati Anda
Atau
Dia Cari Kekasih Baru.
Jika dia cuba sakitkan hati anda, tak kisah. Tapi jika dia cari kekasih baru,
2 perkara yang anda perlu bimbang.
Anda Jadi Benci Padanya
Atau
Anda Tak Dapat Melupakannya.
Jika anda benci padanya, tak kisah. Tapi jika Anda tak dapat melupakannya,
2 perkara yang anda perlu bimbang
Anda Cuba Melupakannya Dengan Bantuan Bomoh
Atau
Anda Cuba Merebut Hatinya Dengan Bantuan Bomoh
Jika anda cuba melupakannya dengan bantuan bomoh, tak kisahlah. Tapi jika anda cuba merebut hatinya dengan bantuan bomoh, ada 2 perkara yang anda perlu bimbang
Dia Jadi Bodoh
Atau
Dia Kembali Menjadi Kekasih Anda
Jika dia jadi bodoh, tak kisah. Tapi jika dia kembali menjadi kekasih anda,
2 perkara yang anda perlu bimbang
Anda Jemu Dengannya
Atau
Kekasih Anda Jemu Dengan Anda.
 

Saturday, 14 April 2012

Relax Dulu

Selalu sangat post bebel aje. Kali ini, nak post something different. Kepada peminat-peminat kek choc, ini ada video yang memudahkan kerja anda...

Bahan-bahan : 
  1. Gula
  2. Tepung
  3. Serbuk koko
  4. Minyak
  5. Susu
  6. Choc Chip
Masakkan dalam ketuar (oven) dalam 2.30 minit.. Itu yang dia katalah.. Dalam 3 minit pun ok juga. Sental aja...hehehe...
            Satu-satu benda mesti ada conclusion, satu benda yang dapat dicampurkan sekali mesti hasilnya sedap kan? Macam itulah kehidupan ini, hidup dengan kelompok ramai mesti banyak gelagat. Banyak gelagat banyak pengalaman. Apa-apa pun, try it!!hehehe....gud luck

Friday, 13 April 2012

Sampaikan Sesuatu Tanpa Di Menyampahkan

Dulu saya postkan video Matlutfi tajuk masalah....kali ini lebih kehebatan dalam menyampaikan sesuatu untuk mempergaruhi orang lain... Apa-apa pun, tengok video ini dulu yaa...


          Boleh dipanggil Pak Arab laa yaa. Pak Arab itu hanya tunjukkan sesuatu yang indah disebalik Azan yang berkumandang sehinggakan si wanita kristian itu menagis menikmati keindahkan yang berlaku. Ibarat dunia sedang di azankan. Bukan senang nak ajak atau mempegaruhi seseorang itu. Payah kita nak mencari orang seperti Rasulullah, berkata pendek, sikit, padat tapi bermakna sehingga mempengaruhi dunia sampai sekarang, bukan ada lagi orang yang seperti Hasan Al-Banna yang dapat menyampaikan dakwah dekat club malam. Kalau ada pun, silap-silap, keluar je club malam itu muka dah berlebam-lebam..Kadang-kadang orang takut untuk berkawan dengan "orang berkopiah" "bertudung labuh". Sebab apa? Ini kisah saya...
           Sedang seronok sembang, datang seorang itu dan berkata "gelak banyak-banyak haram hukumnya tau". Dan banyak lagilah contohnya, cumanya pandangan saya. Orang sekarang boleh dikatakan fobia dengan perkataan haram, mesti temperature akan naik. Ada yang akan bagi feetback hanya mendiamkan diri, kalau diam kira ok, samaada dia menerima atau menolak. Tapi kalau ada yang memberi feetback"Kau ini, haram-haram. Tak habis-habis haramnya. Banyak betul benda haram dalam islam ini ya". Haa, kan payah itu. Tengoklah pada sasaran itu sebelum berkata-kata. Jangan sampai orang menyampah dengan kita. (sampaikan sesuatu tanpa di menyampahkan).