Saturday, 23 February 2013

Novel Make Make..............(Meh ar baca...heehee)


Kak Niza : Farhan baca buku apa, farhan??

Farhan     : Baca novel kak. Kenapa, nak pinjam??

Firdaus    : Dia baca novel cinta kak, orang baca novel ni hati lembut.

Farhan     : Novel cinta pada Tuhan, Kak. (konun....heeee)

Yup, ramai sungguh orang cakap kalau baca novel ni biasa ye hati orang tu lembut. Aku pun tak tau, tapi aku rasa mungkin jugak. Sebab apa yang aku nampak dalam buku novel ni, benda yang rialiti dan berlaku. Biasa buku ilmiah lebih kepada teori, tapi beza dengan novel yang kepada teori and really happen in our live. Ok sampai tu je ar cite psl prihal novel.

Just want to share some word yang bagi aku masuk akal and mungkin huraian bagi sunnah Nabi Muhammad s.a.w(come on, selawat sama meh ^_^ ). "Makan biar berpada-pada, jgn kenyang sgt and jgn lapar sgt. Sederhana". Pernah dengar kn?? Tapi bukan mcm tu laaa ayat sebenar ek, "Makan ketika lapar, berhenti sebelum kenyang". Ok, aku memang kuat makan, until aku cakap "Hey, berhenti sebelum kenyang, masalah ek aku xkenyang-kenyang lagi". Heeee.. Bahaya, Bahaya... UNTIL..............

Aku baca buku novel MUNAJAT CINTA, thanks kepada pemberi pinjam. Aku tertarik dengan ayat dalam tu pasal makan, 

"Lapar itu penyakit. Makan itu ubat. Orang yang sakit akan makan ubat. Kalau tidak sakit, jangan makan ubat. Kalau makan ubat, ikuti pertunjuk doktor. Jangan terlalu sedikit, jangan pula terlalu banyak. Sungguh aneh apabila ada orang yang selalu makan ubat padahal dia tidak sakit"

"Jadi, makan tiga kali sehari itu dikira aneh?" (bertanya seorang budak perempuan)

"Tiga kali, empat kali atau sepuluh kali kalau memang itu dilakukan ketika telah merasa lapar, tidak aneh. Yang aneh adalah ketika perut tidak lapar, tetapi tetap saja makan tiga kali sehari. Dengan cara seperti itu, perut dimanjakan dengan makanan. Siapa saja orang yang memanjakan perutkan dengan makanan, maka dia akan jauh daripada Nur Allah. Siapa saja yang terbiasa dalam keadaan menahan lapar. Insya-Allah dia akan mudah mendapat hikmah"

Ambik Hang
Itulah ayat yang bagi aku amat terkesan untuk aku. Kalau nak disimpulkan dalam huraian tu (dah hurai, lg nk simpul, ikut sedap ang je farhan). Btw, suka hati ar. heee...Lapar itu sakit, makan itu ubat. Makan bila perlu, bukan makan sebab mahu. Nasihat utk diri sendiri. 

"YA ALLAH, BERILAH SETIAP APA YANG AKU LAKUKAN SENTIASA BERTERUSAN DAN BUKAN HANYA ANGAN-ANGAN"

Monday, 28 January 2013

Adakah Semua Itu Dugaan

Dah 3 hari aku dibasahi dengan hujan. Nak pergi program berhadapan dengan hujan, balik dari program pun berhadapan dengan hujan. Nak tak nak,singgah jugak rumah sewa sebelum balik rumah sebenar Serdang. Niat singgah rumah sewa sebab nak tunggu hujan berhenti, penantian selama 3jam dirumah sewa membawa hasil. Hujan mula brhenti, jadi bersiap2 untuk pulang ke rumah di serdang. Tapi, prtengahan jalan rupa-rupanya hujan lagi. Nak tak nak, truskan juga perjalanan.
         Sampai rumah, basah lenjun lagi. Besok nak pergi keje ni, harap-harap tak demam. Rupanya esok pagi pun hujan, nasib baik ada kereta. Jadi pagi tu pergi kerja bawa kereta abg "pinjam jap, nanti lepas punch card, abg nak ambk kete datang pejabat ya. Tukar dgn moto`. Jadi, masa pulang pula, kena naik moto disebabkan abg datang pejabat sebab die nak pkai kereta. Jadi terpaksa pakai moto.
         Dipendekkan cerita, nak pulang dari kerja pun hujan lebat. Jadi terpaksa tunggu dipejabat dari pukul 5 petang hingga 8 malam. Hujan dah berhenti. Jadi, bersiap untuk pulang. Di prtengahan jalan pulang, hujan turun lagi. Atas moto, memang perasaan mengeluh "hujan lagi, demam jugak aku ni". Sampai dirumah, juga dalam keadaan basah kuyup.
        Tapi, hanya 1 bahagia sahaja yang tidak basah. Terus diri terfikir "tadi rasanya hujan lebat jugak. tapi macam mana tak basah bahagian ni". TING!!!  Sehebat mana pun plan kita, lagi hebat plan Yang Maha Esa. Baju yg basah lenjun, tapi ada 1bahagian kecil yang tak basah malah kering di ibaratkan sehebat mana Allah bagi ujian, tetap ada sdetik belas kasihan dari Allah yang tidak manusia itu sedari. Tapi manusia takkan nampak bahagian yang kering tu, mereka hanya nampak yang basah. `habis basah lenjun baju aku`.

(cuba untuk menulis dalam bentuk cerpen, harap ia permulaan yang baik) heeee......