Monday, 24 December 2012

Genggaman Sijil




22hb Disember 2012 adakah tarikh bersejarah bagi aku?? Yes, masa tu aku dikonvokan oleh kolej aku. Time raptai, perasaan macam-macam mula memenuhi dilubuh kecil. Sedih??Suka??Kecewa??Bangga?? semua ada. Tapi yang mungkin kukuh perasaan sedih. Sebab 3tahun aku belajar, TETAP TAK DAPAT KUASAI BAHASA ARAB!!!atoiyan... Jadi, wat must i do?? belajo lagi laa....

             Adakah aku tak berbangga dengan Diploma yang aku dah dapat ni? Mungkin sedikit je kebanggaan yg aku dapat rasakan, sebab aku tak mampu memikirkan lagi dengan Diploma yang aku dah dapat ni "apa yang boleh aku sumbangkan?" mungkinkah aku belajar dalam bidang aku, dan berkerja dalam bidang lain?? Yup, aku akan sambung belajar dengan peringkat yang lebih tinggi. Tapi??adakah sudah bersedia?? 

            Sebab tu aku katakan aku sedih, sebab aku tak mampu memikirkan lagi dengan apa yang boleh aku lakukan dengan Diploma ni. Yang perlu aku lakukan hanya bersyukur pada Tuhan, sebab tak sangka yg aku tak ada latar belakang sekolah agama dapat melanjutkan pelajaran dalam bidang syariah. Itu memang aku sangat tak sangka, beb.... Apa  hikmah Allah bagi aku belajar dalam bidang syariah, mungkin hikmah akan aku perolehi masa akan datang ataupun mungkin hikmah tu dah datang, cuma aku tak perasan.

           Sesudah habis praktikal, aku cuba cari kerja dalam bidang undang-undang firma syariah. Hampir 20 firma juga aku cuba. Tapi satu pun tak ada respon, apa yang penting "aku kena bersangka baik dengan apa yang aku dapat sekarang". YES, ada rezeki tempat lain. Tunggu dan lihat, apa yang akan terjadi masa akan datang. Yang penting, berusaha untuk mengatur langkah sebagai pelajar yang sudah di diplomakan (aku memang suka rosakkan tatabahasa).

Moral Of Story??
  • Apa yang akan aku sumbangkan. Adakah aku akan sumbang pada diri semata-mata. Keluarga semata-mata. Agama semata-mata. (ini bukan moral of story, ini muhasabah diri!!)
  • Bersangka baik dengan apa yang tuhan aturkan. Fikir hikmah, jangan fikir musibah.
  • Jangan takut untuk aturkan kehidupan, orang yang takut mengatur kehidupan adalah orang yang hidup dalam bayangan. Atau adakah dikatakan pengecut??
  • Jangan berasa selisah dgn apa yang sudah ada, terus tambahkan keindahan dalam kehidupan.

Monday, 17 December 2012

3 Doa Dalam 1 Masa

Aku berdoa agar dapat jadi cameraman/videoman. Aku berdoa dapat pergi Johor dan Melaka (Travel), Aku berdoa dapat pergi ke Sekolah Pondok Baitul Quro, Melaka. Alangkan bahagia, ketiga-tiga doa ini dimakbulkan dalam satu masa.

Sharin    : Nak kerja x?
Farhan   : Kerja apa?
Sharin    : Kerja buat rakaman pengajian kelas bhasa arab, di Bandar Baru Uda JB.
Farhan   : Berapa hari?
Shahrin  : 2 hari sebab esok di JB then sabtu dkt Melaka.
Farhan   : Aku nak!!!! (GOLLLL!! Cis, xgooll. Sebab time ni tengah tengok Harimau Melaya VS Thailand, hehehe)

Drama ringkas diatas. Heeee.... Jadi, 14hb Dis 12 aku pun pergilah Johor. Dapat juga aku pergi Johor, tapi tak adalah travel mana pun, sebab sampai dekat Johor dalam pukul 7.30malam gitu. Then dalam pukul 8 malam dah kene jadi cameraman. Tak apalah, asalkan aku pernah jejak kaki ke Johor Bahru. Aku ditugaskan jadi cameraman. Jujur aku tak berapa pandai disebabkan pengalaman pertama. Tapi seronok!!! Aku belajar cara nak setting camera, microfon. Baru laa aku tau nak setting. Selalu tengok dekat youtube.com je. Tapi, aku dah lupa dah aku pakai camera apa time tu..hahaha.....



Keesokan harinya, aku tak sangka tempat yang aku nak pergi ni memang dah lama aku aim. Pondok Baitul Quro', Melaka. Buat rakaman yang sama juga, ustaz mengajar then aku rakam. Then rakaman tu dibuat dalam bentuk DVD then jual. Dulu aku ada perancangan nak belajar dekat pondok tu, tapi disebabkan masalah-masalah tertentu tak dapatlah. Tapi tetap teringin nak try jejak kaki dekat pondok tu sebab nak tengok macam mana sekolah pondok. Yang menarik untuk aku, pondok-pondok peginapan lelaki boleh dipindah-pindah. Boleh tengok dekat youtube.com. Tapi, penginapan utk wanita sangat istimewa, kata Mudir Pondok tu sebab wanita ni mahal jadi kena ditempatkan tempat yang mahal juga.

Tapi, kecewa sikit laaa!! Sebab satu gambar kenangan dekat tempat yang aku pergi tu, tak dapat ambiK!!!!! Tapi tak pe, lain kali ada.

Oraite, ni post pendek jelah yaa. 

Moral??
Berdoa jelah, mungkin Allah tak tunaikan sekarang. Tapi mungkin Allah himpunkan kesemua doa-doa kita then Allah makbulkan dengan sekali gus. Baru menages korang, sebab semua yang dipinta dapat. Percayalah dengan POWER Of Doa.






Tuesday, 11 December 2012

Masalah Datang!! LANTAK LAA SITU

Selalu sangat bila aku on9 Facebook, ada sahaja luahan. Tak kira soal hati, mahupun duit ataupun soal dunia. Tapi, yang menarik perhatian aku pada satu status ni. 

"Macam mana nak selesaikan masalah"

Aku pun terfikir, masalah macam mana yang dia nak selesaikan. Then aku pun balaslah,

"selesaikan mana yang penting dahulu"

Dalam dunia ini, mana ada orang yang tak timpa masalah, walaupun bayi yang belum mampu untuk berfikir juga ada masalah, apa masaalahnya?? Susu lambat dapat, kan dah menages budak tu. Jadi aku pun terfikir bagi mereka yang cuba lari dari masalah. Dulu mungkin aku pun pernah buat, lari daripada masalah, sebab masa tu aku pun hingus tak tahu nak lap sendiri. Then bila aku lari daripada masalah tu, benda yang tak diduga masalah lebih besar dari sebelum ni pulak yang datang. Tapi aku cuba lari lagi, pun sama. Tetap masalah lain juga datang.


Tetiba, aku dapat anologi macam ni :

"masalah itu diibaratkan mcm delete mesej yang memenuhi inbox handphone...then mesej lain yg akan datang....Nak selesaikan masalah pulak macam mana??kita selesaikan masalah tu ibarat mcm membalas mesej org dlm SMS...Bila dah balas, means settle masalah...tapi, akan ada mesej lain yg masuk....kandang-kadang 10 sms masuk gus dalam inbox..Jadi?? tetap sama, balas mesej satu persatu....Takkan mungkin anda akan dapat membalas kesepuluh 10 dalam satu masa. 
(send to many??). Ada mesej yg kita buat xtahu, macam tak balas msj tu (Hotlink atau Celcom bagi mesej) . Means, mesej tu mungkin tak penting untuk kita ambil tahu"



Apa-Apa pun, bila dapat sebarang masalah sekali pun. Tenang, dan katakan pada diri. "masalah ini sangat mudah bagi aku, dan aku mampu selesaikan"

Moral Of Story

Masalah apa sekali pun, tetap dapat diselesaikan. JIKA AWAK-AWAK SEMUA TENANG DAN RELAX. Letakkan dalam fikiran, masalah aku mudah berbanding masalah orang lain yang lagi susah, aku bersyukur tak dapat masalah macam orang tu. Thanks God. Settlekan masalah satu persatu, jangan mudah melenting. Lebih-lebih lagi wanita. Masalah tu, hanyalah untuk menguji kesabaran, kepintaran, kekuatan, keberanian anda. Ok, finish....Penulis juga mempunyai masalah...Jadi, CAKAP DAN BUAT WAHAI PENULIS......heeeee. Baik Tuan....