Pukul 9.30 malam
Esok aku cuti, moh le ke broga hill.
Oraite, xde hal.
Dengan tu, kami pun plan la p Broga Hill. Perancangan yang mengejut. Pukul 4 pagi kami bertolak. Nasib baik aku dah tido awal. So nak bagun pukul 4 pagi tu tak ada hal la. Heee....So, pukul 4pagi bertolak daripada Bandar Sunway ke Broga dan sampai dalam pukul 5.15 pagi. So pandai-pandailah kire bape jam, minit, saat, mahupun detik. Haha..
Sampai je, siap-siap. Nasihat sebelum mendaki
- Buat senaman ringan(bagi yang dah lama tak bersenam,rasakan pada keesokan harinya)
- Baca doa
- Jangan bawak barang banyak sangat
- Tak payah bawak duit, dekat puncak tak ada kedai makan2.
- BAWAK LAMPU SULUH YANG TERANG (kalau mendaki tengah pagi buta)
Then mendakilah kami, pendakian bermula dalam pukul 5.30pagi. Track time tu agak licin, sebab musim hujan. Jadi pandai-pandailah kawal pergerakan lantunan mahupun ayunan kaki. Hehe.. Broga hill ada 3 bukit, jadi kami berhenti pada bukit yang kedua dalam pukul 6lebih, suasana time tu agak sayup. Ditengah-tengah ramai orang berbagai bangsa, orang islam bentang kain sejadah untuk solat subuh. Aku tak tau pe perasaan mereka yang bangsa lain. Jadi nasihat, solat tanpa ada alas, biar dahi terkena pada tanah waktu subuh dalam suasana sedemikian.
Lepas solat, snap2 pic. Haa, tajaan air wuduk tadi dripada botol air F&N(pic dkt bawah ni).. Jadi, pandai2 jimat air utk berwuduk. Tak elok membazir. Heeee..
Nilah member2 seperjuangan mengharungi liku-liku Pem+broga+hillan(ok, perosak bahasa).haha
Ok, misi sudah tercapai. Naik broga hill tengah pagi buta semata-mata tengok matahari muncul. SELAMAT PAGI MATAHARI, AWWCAKK!!!
Jadi, misi utama sudah tercapai. Misi kedua snap picture dengan suasa atas Broga Hill
Oraite, MISI BROGA HILL BERJAYA. Dengan ini, terhasillah satu bentuk Tugu Broga Hill
Lepas berjuang, kami turun. Haa, time turun tu memang agak mencabar, sebab track memang licin dan kecil-kecil plus kene pandang kebawah. Kalau time mendaki, asik pandang atas je, so xde ar terasa sangat.
Then, sampai je kebawah, kami plan untuk mandi di Sungai Terkala, agak jauh dr broga dlm 10km(menjadi kewajipan bagi mereka yang mendaki akan singgah sini)
Aku tak dapat mandi sungai, sebab aku tak bawak pakaian mandi. WAKK!! Tapi, aku terus dilantik menjadi juru gambar.(Kenapa Skema ayat ni). Tapi tak pe, kaki aku jela yang mandi.
Dekat sungai tu, agak menarik juga, air yang mengalir laju gile (deras ar paan,ayoyo). Then tempat agak besar dan luas.
See, luas kn??sampai kebelakang sane haa..
Yang buat menarik bagi aku, akar-akar pokok ni yang agak menarik aturan susunannya. Tak tau laa terhasil kalimah or tak. Tak sempat mencari, kene p kali kedua ni. Hahaha...
Menarik x?Ni tak ada edit tau. Original picture.heee
Oraite, sampai sini jelah kot. Akhirnya selepas 4kali tak menjadi plan mendaki broga hill ni..Akhirnya tercapai jugak cita-cita. Kalau Allah tak izinkan pada hari itu, mungkin Allah nak bagi pada lain hari. Apa-apa pun, apa yang perlu adalah berdoa, usaha dan menanti.
hoh! ini kerja kau hah?!
ReplyDeletebtw, abg masuk sg terkala ari tu free ja.. haha..rezki masing2..