Sepanjang menjalankan kehidupan ini... Saya macam boleh simpulkan something dalam berkawan....terdapat 4 fasa dalam berkawan...mungkin saya dapat kongsikan pemerhatian saya.... Tapi perkara ini berlaku pada saya, tak tahulah pengalaman rakan-rakan pembaca lain....
FASA PERTAMA : Sebelum nak berkawan, mesti ada perkenalan.. Jadi pada fasa ini, mulalah xcited nak berkawan....boleh kata, riuh n semangat untuk kenal antara satu sama lain. Tanya macam-macam, gelak ketawa, senda gurau dan lain-lain lagi... Sampaikan takut teman yang baru kenal itu tersinggung atau apa-apalah.... Menjaga hati setiap kenalan kita supaya tidak tersinggung...
FASA KEDUA : Fasa kedua ini, mula kenal dengan lebih mendalam, kongsi cerita pahit dan manis, Apa yang disukai atau tidak disukai. Selain daripada itu, mula memberi semangat ketika kawan sedih dah duka, dan berkongsi perasaan geram yang dihadapi pada satu-satu masa. Boleh dikatakan, selalu berhubung, mesej, calling... Kalau dikatakan BFF, GFF.... Kalau susah hati kita akan cari dia...
FASA KETIGA : Ok, pada fasa yang ketiga ini boleh dikatakan fasa PERCUBAAN atau TESTING RELATIONSHIP... Dalam perkenalan, atau persahabatan salah seorang mesti akan hyper dalam melepaskan geram.... Sebenarnya, geram itu pada orang lain tapi dilepaskan pada BFF atau GFF itu... Sampaikan BFF atau GFF itu merasakan dia pun terkena sekali... Tak kisahlah geram ke, sedih sangat-sangat ke, rindu sangat-sangat ke sampai terbawak-bawak dengan BFF GFF. Masa ini, kalau tak ada kesabaran, persahabatan itu akan hilang macam itu aje... Kalau sabar itu sentiasa ada, hubungan itu akan sentiasa berkekalan...Sebab syaitan tidak suka setiap muslim itu terus bersaudara.
FASA KE-EMPAT : Ok, pada Fasa yang ke-empat ini lebih kepada persahabatan yang terhenti ketika fasa Ketiga.... Bila dah lama tak berhubung macam dulu, mula rindu untuk berhubung balik.... Tanya kabar, tanya perkembangan, tanya perasaan. Paling membahagiakan, tanya sejarah-sejarah mesra suatu ketika dahulu... Ibarat kembali kepada Fasa Pertama...
Itu sahaja pemerhatian saya, kalau perkara seperti ini yang berlaku pada anda... Alhamdulillah kita serupa..kalau tidak, tinggalkan komen...hehehe...(sumber gambar, GOOGLE.COM)