Dah 3 hari aku dibasahi dengan hujan. Nak pergi program berhadapan dengan hujan, balik dari program pun berhadapan dengan hujan. Nak tak nak,singgah jugak rumah sewa sebelum balik rumah sebenar Serdang. Niat singgah rumah sewa sebab nak tunggu hujan berhenti, penantian selama 3jam dirumah sewa membawa hasil. Hujan mula brhenti, jadi bersiap2 untuk pulang ke rumah di serdang. Tapi, prtengahan jalan rupa-rupanya hujan lagi. Nak tak nak, truskan juga perjalanan.
Sampai rumah, basah lenjun lagi. Besok nak pergi keje ni, harap-harap tak demam. Rupanya esok pagi pun hujan, nasib baik ada kereta. Jadi pagi tu pergi kerja bawa kereta abg "pinjam jap, nanti lepas punch card, abg nak ambk kete datang pejabat ya. Tukar dgn moto`. Jadi, masa pulang pula, kena naik moto disebabkan abg datang pejabat sebab die nak pkai kereta. Jadi terpaksa pakai moto.
Dipendekkan cerita, nak pulang dari kerja pun hujan lebat. Jadi terpaksa tunggu dipejabat dari pukul 5 petang hingga 8 malam. Hujan dah berhenti. Jadi, bersiap untuk pulang. Di prtengahan jalan pulang, hujan turun lagi. Atas moto, memang perasaan mengeluh "hujan lagi, demam jugak aku ni". Sampai dirumah, juga dalam keadaan basah kuyup.
Tapi, hanya 1 bahagia sahaja yang tidak basah. Terus diri terfikir "tadi rasanya hujan lebat jugak. tapi macam mana tak basah bahagian ni". TING!!! Sehebat mana pun plan kita, lagi hebat plan Yang Maha Esa. Baju yg basah lenjun, tapi ada 1bahagian kecil yang tak basah malah kering di ibaratkan sehebat mana Allah bagi ujian, tetap ada sdetik belas kasihan dari Allah yang tidak manusia itu sedari. Tapi manusia takkan nampak bahagian yang kering tu, mereka hanya nampak yang basah. `habis basah lenjun baju aku`.
(cuba untuk menulis dalam bentuk cerpen, harap ia permulaan yang baik) heeee......