Sejak kebelakangan ni, topic yang hangat dalam otak aku adalah issu Gaza dan Palestin. Kalau sebelum ni, jujur aku just tengok gambar macam tu je. Tapi, sekarang bila aku tengok gambar-gambar plus aku tengok kebangkitan Gaza dengan dapat mencipta roket yang hampir mengena sasaran Israel, aku terasa bangga dan sedih. 1 bangga kerana kemajuan ciptaan roket buatan sendiri, dan sedih kerana dalam 8hari serangan daripada Israel bertubi-tubi yang membunuh ramai orang.
Tetibe handphone yang jarang bunyi sejak-menjak ni berdering nyaring.
"Bismillahirohmanirohim, sesiapa yang ingin menjadi sukarelawan untung mengutip dana bagi sumbangan ke Gaza boleh memberi nama, kawasan tujuan kepada En.Zharif"
Lepas mesej ni masuk, hati aku terus macam berdebar-debar. Aku pun terus membalas, "saya mahu jadi sukarelawan area Putrajaya".
Hati aku berdebar mungkin disebabkan aku tak pernah membawa tabung untuk jumpa orang ramai supaya menderma. Sebab aku tak berani berdepan dengan duit orang ramai seorang diri, macam agak bahaya gitu. Tambah pulak, duit tu untuk orang lain.
21/11/2012
aku pun pergi ke pejabat Global Peace Missin(GPM) untuk ambil kelengkapan (lesen mengutip dana, tabung, dan pengisian). Selesai je aku pun terus pulang balik ke Serdang malam tu jugak. Masa tu, memang aku tengah berlawan dengan ngantuk yang teramat. Sebab pulang daripada kerja Putrajaya then siap-siap pergi pejabat GPM dkt Gombak sampai pukul 12.30 pagi juga. Then pulang ke Serdang.
22/11/2012
Aku cuba untuk masukkan tabung kutipan di pejabat kementerian aku. Tapi, akak pejabat aku cakap "kalau kau nak kutip dkt kerajaan ni, kau kene ada memo. Bahaya untuk kau, sebab kau pun seorang je gerak ni". Jadi untuk singkatkan cerita, 22/11 ni aku tak dapat buat kutipan sebab kene buat surat yang lebih formal. Mood masa tu, memang amat sedih, sebab 23/11 kena pulangkan tabung kepada GPM. Tapi aku tak dapat apa-apa pun lagi. Aku pun pergi ke masjid yang terdekat, kot-kot dapat kutip dana dari sana. Tapi malang, urusetia masjid tak ada masa tu. Jadi pulang daripada kerja, try pergi Masjid Besi, Putrajaya. Malang jugak, kene buat prosiding surat ke JAKIM. Seperti memohon untuk membawa anak keluar, kene pohon izin daripada Ibunya. Tapi di Masjid Besi, dapatlah aku kutip dua orang je, AJK masjid(pentadbiran) dan PakGuard....heeee
23/11/2012
Hari jumaat, datang office dengan semangat berbelah bagi. Sedih, gemuruh, sayup dan semangat penuh pengharapan. Supaya hari ini dapat kutip dalam tidak pun Rm400-Rm500. Jadi, di pejabat tetap sama. masa belum dapat kebenaran. Jadi cuba nasib di masjid yang semalamnya tak ada urusetia tu..HAAA!!nasib baik ada, dengan perbincangan yang teramat ringkas. Urusetia masjid Munawwarah mengizinkan aku untuk buat kutipan. Alhamdulillah, agak penuh jugak. Tapi aku tak tahu berapa jumlah, sebab aku tak bawak kunci tabung. Jadi aku tawakal je. Dalam pukul 3petang, aku cuba lagi sekali untuk kutip dana dalam pejabat aku. Akhirnya diluluskan, tapi hanya dapat kutip hanya di Bahagian aku sahaja. Kalau nak kutip dalam satu kementerian, kene buat surat terus kepada orang atasan. So aku rasa, takpelah.....So esok aku akan pulangkan tabung ni ke GPM. Aku tak tau berapa jumlah yang aku dapat kutip. Just berserah je
26/11/2012
Aku baca post di FB mengenai kutipan yang dapat dikutip. En.Zharif cakap "Tabung Hands For Gaza rikip intel baspak RM1706". Aku terus menagis dekat pejabat time tu. Aku betul-betul tak sangka kutipan boleh mencecah sebanyak tu.
![]() |
Haaa, Gedabak besar aku buat gambar, Pohon untuk Donate Islam or Non-Islam. Bantu sesama kita. |
Moral Of Story
- Berdoa agar apa saja yang dibuat akan dipermudahkan
- Berdoa agar apa yang dibuat bermanfaat untuk diri dan orang ramai
- Bersusah untuk mereka yang lagi susah dari kita lebih baik daripada hanya melihat mereka susah.
- Kalau nak mintak derma di Badan Kerajaan, sediakan surat kepada yang berhak seminggu awal dan FOLLOW UP
- Bersangka baik dengan orang
- Bila kutip derma, maniskan muka dengan senyuman dan keiklasan
- Jangan pandang pada berapa banyak yang orang derma, tapi lihat pada keinginan mereka untuk menderma
- Jangan padang 10sen tidak bernilai. Masukkan saja dalam tabung tu.
- Sucikan hati dan niat jika tiba-tiba terpesong.
- Bertawakal pada Allah
- Setiap sumbangan, sertakan doa "Ya Allah, peliharalah mereka dengan apa yang aku usahakan"