Tuesday, 16 October 2012

Jalan Tanpa Dirancang


assalammualaikum

Rasanya hampir 4 ke 3 minggu, sabtu ahad aku ada je plan. Berjalan la, p program la, p kenduri kawin la. So dah mcm jadi sebati pulak. Tapi dlm minggu kedua bulan 10 lepas tetiba mcm tak ada apa-apa plan. So agak mcm janggal la pulak. Tu la org tua-tua ckp, jgn mulakan sesuatu benda yg baru, takut ketagih. Hee....plus memang aku suke jalan-jalan pun like travel gitu. Jadi malam jumaat, cube la plan, tp xde sape2 nak teman. So fikir mmg xde kemana ar sabtu ahad ni. Redho je la. Keesokkan harinya, tetibe dlm pukul 2.30petang hari sabtu tu, kawan aku call.

Namin : yoooo Johan, pe plan?
Aku : yooo Nabil, entah ar. Johan tak ada ape2 plan pun, awat? Nabil ada plan ke?
Namin : Johan kate nak ajak lepak, ate moh lee
Aku : sunway pyramid? main ice skating?
Namin : sonok jgk tu, ajak Syarifah Syahira sekali laa.
Aku : ok, ko ajak je Syarifah Syahira tu, aku krdt kurang

(tetibe gelaran ditukar kepada nama artis-artis)

So?? tanpa diduga, hari sabtu tu dalam pukul 6 petang jugak kot, baru kitorg bertolak ke sunway pyramid, kata org tu tempat dajjal. Heee...



Dlm kiraan pukul 6.30 petang kitorg sampai sunway pyramid. Jalan-jalan la dulu dkt dlm sunway tu, tapi time tu agak blur jgk, nak main ice skating atau tgk wayang. Jadi fikir punya fikir, magrib dah smpai. Solat magrib dulu, dah setle, p la kauter ice skating tanya tutup pukul berapa. sebab time tu dah pukul 8malam, sebab 1st time main. Terasa nak main macam 2jam je gitu. Tapi kauter kate ice skating cuci pukul 8mlm-8.30mlm. Tutup pukul 10mlm. So?dalam sejam setengah jugak. plus kene bayar dlm RM94 utk tiga org. mula-mula macam rugi. So fikir dulu.


Dalam masa nak fikir tu, tetibe rasa lapo, MELANTAK KEJAP ar...pergi ar jumpe atok(kfc)...Makan dlm setengah jam. dari pukul 8 hingga 8.30malam. Keputusan pun dah dapat, kami tetap nak main sebab xpernah main ice skating. Jadi, 8.30 p kauter balik, bayar.. Then terus main!!!


 Kami fikir sejam setengah macam tak cukup untuk puaskan nafsu main ice skating. Rupanya, dlm 15minit pun dh penat dah. ^_^ Dengan gelak-gelak bagai ^0^ ...

DALAM ICE SKATING DILARANG TANGKAP PICTURE

Tapi, orang otai katekan, pedehal. Sental je take picture dalam tu. Tapi kene cover-cover, sebab ada abg polis dalam tu tau. Kene pandai seludup..hahaha...


 TIPS NAK TANGKAP PIC DALAM TU

1.    Cover-cover dengan abg polis dalam tu
2.   Jangan bawak camera beso-beso
3.  Just bawak camera hp je
4.  Ambik masa 6 saat utk posing, jgn terlalu lama
5.  Then SNAP CEPAT-CEPAT!!!
6.  Simpan hp dalam poket balik

<KALAU TIDAK KENE KATOK LAGU NI>


So, habis utk sejam setengah main ice skating tu. Jadilah utk lepaskan ngidam nak main benda alah tu. Puas jugak, tapi kalau main ramai-ramai lagi gempak. Hang tolak aku, Hang jauh. Aku gelakkan puas-puas. ^_* Tapi bagi aku la kan, terasa best jugak bile jatuh then baring terus dkt lantai ice tu. SEJUK!!!hahaha....


SO?? kalau anda datang sunway pyramid 1st sekali. JANGAN GELAKKAN ORANG, bile anda masuk dalam tu, mungkin ada 2 kemungkinan. ORANG GELAKKAN KAMU, ATAU ORANG MINTAK KAMU AJAR DORG MAIN ICE SKATING.

Ok, papai.....

kredit for Namin, Intan Syahirah, tajaan kenderaan Proton Wira

Tuesday, 2 October 2012

Menjadi Pendengar Yang Baik

Ramai lelaki gagal dalam menjadi pendengar yang baik. Apabila pasangan mereka meluahkan perasaan atau menceritakan sesuatu, lelaki akan suka 'potong' dan menghilangkan mood pasangan mereka. Ini menyebabkan wanita terus tertekan dan akhirnya perhubungan menjadi semakin renggang dan menyebabkan perpisahan.

Tetapi, bagaimana untuk menjadi pendengar yang baik kepada wanita? Berikut merupakan 7 tips yang ingin saya kongsikan bersama-sama dengan anda semua...


1. Berikan perhatian sepenuhnya - Apabila si dia mula berkata-kata, tumpukan sepenuh perhatian kepadanya. Hentikan segala perbuatan anda dan dengar dengan teliti setiap apa yang si dia ingin katakan. Walaupun terdapat gadis yang lalu-lalang di sebelahnya, jangan sesekali menjeling ke arah gadis tersebut. Saya tahu perangai anda, kerana saya juga seorang lelaki.



2. Pandang matanya - Ketika si dia sedang bercakap, pandang matanya. Renung dan dengar dengan teliti cerita yang ingin disampaikan. Itu akan membuatkan si dia lebih gembira untuk meneruskan cerita atau luahan perasaan kerana anda ada untuk mendengarnya.

3. Jangan berikan pendapat - Apabila si dia meluahkan perasaaan, jangan sesekali memberikan pendapat atau jalan penyelesaian. Sebagai contoh, "Tadi ada pakcik tu jatuh tangga. Kesian je tengok pakcik tu." Jangan pula anda berikan pendapat, "Ala...biarlah dia nak jatuh ke, nak tergolek ke. Bukan awak susah pun...". Ini adalah sangat-sangat mematikan mood pasangan anda. Si dia hanya ingin meluahkan perasaan dan bukannya meminta pendapat anda. Jadi, jangan sesekali memberikan pendapat kecuali diminta.

4. Bertanyakan soalan - Untuk menaikkan lagi mood si dia bercerita, tanyakan soalan-soalan yang berkaitan dengan apa yang dicerita. Ini menunjukkan yang anda juga berminat dengan cerita yang si dia kongsikan. Saya guna contoh yang sama seperti di atas, "Tadi ada pakcik tu jatuh tangga. Kesian je tengok pakcik tu." Soalan yang boleh anda tanya, "La...macam mana dia boleh jatuh?".

5. Berikan sokongan kepadanya - Sekiranya pasangan anda sedang marah-marah atau merungut mengenai sesuatu, dengarkan saja apa yang si dia marahkan. Berikan sokongan yang anda juga berpihak kepadanya. Dan jangan sesekali anda menyokong orang yang dimarah itu pula. Ini akan menunjukkan yang anda tidak menyokong dirinya dan menyebabkan si dia bertambah marah.

6. Ulang semula apa yang dikatakan - Anda juga boleh mengulang semula apa yang si dia katakan bagi menunjukkan yang anda mendengar ceritanya. Contoh yang sama, "Tadi ada pakcik tu jatuh tangga. Kesian je tengok pakcik tu." Apa yang anda boleh buat adalah, "La...kesian pakcik tu jatuh tangga...". Dan si dia akan terus menyambung semula bercerita selepas mendapat tahu yang anda sedang mendengar ceritanya.

7. Diam dan jangan berkata apa-apa - Tetapi, jika topik luahan perasaan atau marah itu ada berkaitan dengan anda, adalah lebih baik anda berdiam diri dan jangan respon apa-apa. Lebih baik anda tahan telinga dan mendengar apa saja yang si dia katakan. Biarkan si dia luahkan segala perasaannya. Dengan cara sebegini akan membuatkan si dia lebih cepat reda kerana perasaan marah itu berjaya dikeluarkan.

Mudah bukan untuk menjadi seorang pendengar yang baik? Apa yang perlu anda buat hanyalah, mendengar. Itu sahaja.

Perempuan akan rasa diri mereka disayangi apabila luahan perasaannya didengari oleh pasangan. Sekiranya pasangan anda sedang bercerita atau meluahkan perasaan, anda sudah tahu apa yang perlu dilakukan. Jadilah pendengar yang baik, kerana itulah salah satu resepi untuk membina percintaan yang bahagia selamanya.


artikal dipetik daripada penpatah.blogspot.com