Monday, 26 September 2011

Asik-Asik dia SAHAJA yang Dapat


Banyak sangat kehebatan yang telah dimiliki oleh setiap manusia. Baik daripada ekonominya, pangkatnya mahupun umurnya sendiri. Mana mungkin umur seseorang itu meningkat dan kembali muda. Bertentangan dengan hukum dunia jika perkara itu berlaku.
     Manusia sering berkata bahawa dirinya tidak mempunyai kebahagian yang sempurna. Kalau ditanya kepada hati setiap manusia, jika Maha Pencipta memberi apa sahaja yang manusia itu mahukan adakah manusia itu sendiri mampu untuk berdikari dan berusaha untuk mencari. Sudah semestinya tidak kerana manusia itu sendiri hanya menunggu rezeki yang datang bergolek. 
        Mana mungkin manusia itu sendiri hendak bahagia jika kebahagiannya tidak dikongsikan bersama-sama. Sebagai contoh, rezeki yang telah diberi oleh Sang Pujaan tidak dikongsikan bersama-sama dengan orang yang memerlukan. Bagaimana si Dia hendak berkongsi kebahagian kepada manusia tersebut kerna sifat kedekutnya terhadap manusia lain.
    Sangat berat untuk hulurkan sumbangan walaupun hanya sekadar 10sen, lagi bertambah hina jika dikatakan tidak sambil melambai dengan wajah yang masam kepada si peminta. Apalah salahnya jika tidak mampu untuk mengulurkan sumbangan, hanya sekadar senyuman terukir dimuka sambil berkata “tidak ada” dan memohon maaf kerana tidak dapat membantu. Islam itukan indah jika dihiasi dengan senyuman, kerana senyuman itu dapat mengubati hati yang lara.
       Jika hati berkata, takut tertipu dengan peminta yang dusta. Adakah kita ini tidak menipu dalam mencari rezeki sang pencipta? Kadang-kadang kita berburuk sangka dengan orang, sedangkan perkara itu sendiri kita lakukan. Bukalah minda dan terima seadanya manusia sekeliling tanpa ada rasa benci. Kerana benci itu sendiri akan menutup pintu kebahagian yang bakal dikecapi.
                 

Monday, 19 September 2011

hati BROADBAND

Setiap manusia mempunyai hati, hati yang sentiasa suci tidak akan lari dengan kehidupan yang sangat murni. Sudah sangat banyak perbincangan yang membincangkan mengenai hati, akan tetapi masalah hati tetap menjadi-jadi. Tidak kiralah sehebat mana seseorang itu, ia tidak akan lari dengan hati yang sering berubah-ubah. Kadang-kadang terfikir apa kepentingan hati berbanding akal yang sering berfikir untuk segala kerja akhirat mahupun duniawi? memanglah akal yang berfikir tetapi dalam manusia ini adanya tersimpan nafsu, dan nafsu itu terletak pada hati setiap manusia. Kalau bercakap mengenai nafsu, maka kalau nafsu itu tidak dapat dikawal dengan baik tidak hairanlah akal juga bertindak mengikut perkara yang tidak baik. Dari situlah menunjukkan kepentingan menjaga hati supaya akal pun berfikir perkara yang baik.
Semua Tentang Hati
     Hati menjadi tidak tentu hala apabila sesuatu perkara menimpa. Hati tenggelam bersama-sama dengan akal yang terbilang, dan hanya nafsu yang berjaya menegakkan bendara di dalam diri manusia tanda ianya sudah berjaya bertapak didalam jiwa. Hati manusia ini sering berubah-ubah seperti line "broadband" yang tidak menentu takkala seseorang itu duduk bersedirian mengenang kisah yang lalu, janganlah ingati hari mudamu yang penuh dengan babak-babak kejahilan, kerana hari-hari itulah yang akan menenggelamkan jiwa mu yang riang.
     Kesimpulannya, nak atau tak nak hati manusia sering berubah-ubah. Hati yang gelap adalah hati yang penuh dengan rasa benci terhadap orang lain, hentikan rasa membenci. Hati yang gelap datangnya dari kesedihan yang terlampau, ceriakan kembali hati mu. Hati yang gelap datangnya dari diri yang tidak mahu berubah atas nasihat orang sekeliling untuk kebaikan diri sendiri, bukankan minda dan jangan cepat melenteng.

Sunday, 4 September 2011

kita yang tentukan.....

    Hari ini, seorang kawan cina saya telah masuk agama islam. Wahh, bertuah betoi...Dengar cite, sebelum dia masuk islam, dia selalu membaca quran yang ada terjemaah orang putih. Sedar  tak sedar, dia dh masuk islam dah. Bertuah betoi...
     haaa, itu permulaannya, cite yang sebenarnya baru nak start...aku bnyk perhatikan, kalau perempuan selalunya bercakap dengan emosi, dan kalau lelaki pulak macam mana??haaaa, kalau lelaki mesti bertindak mengikut emosi...apa-apa pun, xsemua orang mcm apa yang saya cakap...just kebanyakan ye macam ini laa....
     payah tau, akal ada tapi bila buat sesuatu bukan mengikut akal, akan tetapi ikut emosi. Mesti setiap perkara yang dibuat sukar untuk dapat yang TERBAIK (kata boboiboy)...
     Hari itu, saya ada terbaca sebuah buku. .Sesorang yang berjaya adalah seseorang yang bertindak mengikut akal. Akan tetapi sesorang yang tidak berjaya adalah orang yang bertindak mengikut emosi. Haaa, dok cakap pasal emosi ini, faham tak emosi tu apa?? Dalam bahasa ringkas dan senang difahami, cepat sangat dok marah-marah. Kiranya, tak dapat tahan marah laa. Kita seringkali ada dua pilihan, pilihan yang positif dan pilihan yang negatif. Jadi, siapa yang tentukan? Diri sendiri leeee..heeee
        Kita seringkali gagal mengawal emosi, kerana kita gagal memilih untuk menjadi seorang yang tahu mengawal emosi dan bertindak positif dalam semua keadaan. Semua emosi ini kita yang menciptanya. percaya tak??hehehe...
    ok, sini ada tips sikitla.....bila hati kita dalam keadaan yang tidak menentu, cuba anda
  1. Pejamkan mata, sambil bersandar ditempat yang selesa
  2. Tarik / hembus nafas secara perlahan-lahan
  3. Berkomunikasi dengan diri anda sendiri. "perlu atau tidak aku bertindak macam tu"
  4. lastly, buka mata dengan minda yang terbuka sambil cakap "haaaaa, lega akhirnya"
    Sebabnya, time nak marah tu, pernafasan dan dengupan dada kita berada dalam keadaan kencang. Jika penafasan dan dada kita kencang, time tu laa sikap marah tu cepat nak datang...heeee.     kesimpulannya, Jangan biarkan KITA dikawal oleh emosi, sepatutnya KITA yang mengawal emosi. Tenang dalam menghadapi sebarang kemungkinan. Emosi senang dikawal punya...heeeee. Jangan bangga jika anda ada kelulusan yang tinggi, tetapi bertindak mengikut emosi. Ok2, dah panjang sangat ni. Jumpa lain kali yaa...papai...hehehe......

Saturday, 3 September 2011

TAPI.......................

please!!!!
   kenapa dengan tapi??hari ini nak cakap sikit tentang TAPI.....sudah menjadi sinonim sangat perkataan TAPI dikalangan manusia yang mengunakan bahasa melayu ni...terutama diri ini yang sangat suka guna ayat tapi...hehehe....
   just nak bgtau, semasa dalam perjalanan balik ke KL tadi....terfikir jugak pasal orang yang memaafkan orang lain....and than, ada TAPI....faham x??example :
"saya maafkan awak, tapi dengan satu syarat"
  dekat sini, kita tengok seseorang memaafkan orang lain dengan ada syarat yang ditetapkan...bila fikir-fikir balik...kalau tak ada syarat, mesti tak akan dimaaf...kan?? oklah, mungkin tak berapa nak faham..jadi saya bagi contoh lain dalam bentuk cerita... 
   satu hari si A pergi jumpa dengan si B....dan si A bagitahu kepada si B "saya dah maafkan si C tu lama dah, tapi, saya masih tak puas hati dengan dia"......ok, dah nampak contoh yang saya bagi??
    jadi, apakah maksud semua ini??(jeng, jeng, jeng) PERSOALANNYA, adakah seseorang itu memaafkan orang lain dengan ikhlas?? ALLAH sahaja yang tahu...
senyum je laa
   kesimpulannya, apalah salahnya jika seseorang itu, memaafkan orang lain tanpa diungkit kembali perbuatan yang telah dilakukan....bila fikir-fikir balik, sama je macam tak maafkan...huuu...KAN??tapi, itulah yang berlaku pada zaman kini....sedihnya??kalaulah, seseorang itu memaafkan orang lain dengan tak ada TAPI...mesti hati pun tenang je, pagi-pagi mesti otak rasa ringan je...heee....niat dah baik, untuk memaafkan orang lain...tapi akhirnya....saya pun tak tau...just perkongsian untuk pagi ini....next, cite psl benda lain laa yaaa..

yang mana betul ni??

sangat pelik jika dipikirkan orang kaya di katanya sombong??huuu....sombong macam mana yaa??mgkin kot, cara pilihan jodoh ditentukan oleh parents...dan cara pergaulan tak boleh bebas sangat, hanya orang tertentu sahaja boleh kawan dengan dia...mesti sedih kan, orang kaya dapat gelaran sombong..haha..tapi..mcm mana pulak dengan kaya budi??haaaa....still boleh kata sombong ke??how??
      heeeee...bagi pendapat saya, siapa yang kata orang kaya itu sombong, sebenarnya dialah orang yang kaya dengan sifat tak puas hati dengan orang lain...apa la salahnya, dia pulak yang jadi kaya...haa, masa tu baru dia tau betapa pedihnya bila orang lain cakap dia tu sombong....hehe...


     apa-apa pun, nak buka dalil sikit ar....ALLAH kata dalam surah al-hajj : 77 "dan berbuatlah kamu akan kebaikan supaya kamu mendapat kemenangan"..walau betul sekali pun, orang kaya itu sombong, kita tetap kena buat baik dengan dia..walupun dia tak bagi apa-apa..abis-abis pun, lama-lama hati dia baiklah..time tu la, nak ngorat anak dara dia pun boleh..senang je...hehehe..
itu pasallah, kalau orang bagi najis, kita bagi najis juga..lps tu, hati kita tak tenteram kn, walaupun dapat memuaskan hati...sebab tak ada kemenangan....heeeee...
kesimpulannya, Baik kaya adalah kaya hati, sebaik-baik bekal adalah takwa, seburuk-buruk buta adalah buta hati dan sebesar-besar dosa adalah berdusta(dusta sama ALLAH, ataupun sapa-sapa je).

niKmat akan datang

      
dreaming
       bila difikir-fikirkan balik kan...banyak juga perkara yang dah hilang dalam hidup kita kan??kawan, barang, kerjaya, result yang gempak, kenangan time sekolah rendah sampai sekarang....padahal perkara itulah yang pernah mengembirakan kita dulu...gelak sampai nak putus usus dibuatnya....rindu pulak zaman dulu-dulukan...kadang-kadang terfikir untuk kembali kezaman dulu...tak ada la banyak sangat dugaan mcm sekarang ni.....kalau yang dah kawin, nak cari duit utk sara keluarga....kalau yang study, dengan xsignment ye laa...habis-habis pun, yang paling hot sekarang ni...."couple"....nk pikir pasal couple lagi la...hahaha....kalau zaman kecik dulu, bagun pagi pergi sekolah..balik sekolah, siap2 pergi main....paling tidak masalahnya, get ready kene rotan dengan parents...hahahaha...
      apa-apapun, semua itulah kenangan yang pernah dilalui....kenangan pahit dan manis tetap dalam ingatan (cewah gitu)...tapi, walaupun benda tu dah berlalu pergi..hilang dan tak mungkin kembali....Setiap perkara ada ganti... Setiap perlakuan ada ganjarannya. Setiap kejadian ada hikmah di sebalik kejadiannya...ye dak??
      kesimpulannya, setiap apa yang telah hilang dalam hidup kita ini...paling tidak pun, akan ada gantinya...walaupun orang yang berkahwin dan kehilangan isteri, tetap ada ganti, iaitu isteri diSYURGA nanti...dan setiap perlakuan ada ganjaran, sama ada ganjaran yang baik atau buruk...dan setiap kejadian, mesti ada hikmah....iaitu hikmah yang lebih baik dari sebelumnya....cuma yang perlu ada dalam hati adalah "sabar dan ikhlas" - kata ayat-ayat cinta....heeeeee

Friday, 2 September 2011

nak yang ITU??atau nak yang INI??


orang tua-tua salu pesan..."orang sekeliling mencerminkan diri sendiri"...tp mslhnya, org sekeliling tu bnyk...dan bnyk orang bnyk mulut, bnyk mulut bnyk ar kompelen..ye dak??mana satu mulut yg kita nk dgr??lepas tu, mule ar bentak sane, bentak sini, lawan sana lawan sini....kadang-kadang benda itulah yang buat diri menjadi rimas dan xtentu-hala..dalam hati mesti ada terdetik "kalau xikut cakap die, mesti dia merajuk", dan lain-lainlah..terutama sekali kalau parents yang bg pendapat yang bertentangan dengan kehendak kita..wahh, time itulah kan, hati mcm nk melawan, kang melawan derhaka, ikut je la utk sedapkan hati, kn??

      Jadi??penyelesaiannya ape??haaaa...nk share ni, ambik je ape yang semua orang sekeliling tu kata, n pikirkn apa yang terbaik utk diri sndiri...klu kite nk ikut kehendak orang je, nmpknya diri sndiri tidak mgkin akan mampu utk bedikari...tapi yang pasti, setiap apa yang kite buat..akan ada satu benda yang kita tempohi...apa dia??itulah rasiko...sama ada rasiko tu baik atau pun buruk utk diri sndiri....kalau baik, alhamdulillah...tp kalau buruk innalillah..orang yang bg nasihat pun mule ar ckp "ITULAH KAMU, AKU DAH CKP....JGN BUAT ITU, JGN BUAT INI"...hehehe....ape2 pun, terima apa yang anda perolehi, sebab hidup anda, anda yang corak sama ada nak baik atau tidak....orang sekeliling hanya bg jalan...heeeee....oklah, itu je kot...ape2 lagi...akan dikongsikan bersama....